~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

usaha masyarakat n kerajaan dlm 1 malaysia


          1Malaysia adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai agenda dan usaha telah dilaksanakan bagi mamastikan 1Malaysia bukan hanya sekadar laungan dan ungkapan harian masyarakat kita hari ini. Apa gunanya yang tersurat itu dizahirkan jika yang tersirat masih serabut dan tidak terungkai dengan kefahamna dan pengaplikasian dalam kehidupan sebagai masyarakat 1Malaysia. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.
          Memetik kata – kata Perdana Menteri dalam ucapannya, “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia”. Frasa ini menerangkan bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Misalnya masyarakat orang asli diminta untuk lebih bersaing dalam bidang pendidikan agar mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain. Janganlah hanya menjadi seperti katak di bawah tempurung sahaja. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Apa yang ingin diusahakan kerajaan hendaklah diterima seadanya. Sebagai contoh, usaha kerajaan dalam memajukan masyarakat orang asli. Malah, contoh lain yang boleh dilihat dalam fenomena masyarakat kini lebih terarah kepada bangsa Melayu. Bangsa Melayu tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara - perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
               Sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Sebagai contoh, kita mengadakan majlis rumah terbuka bagi setiap perayaan utama seperti Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Penerimaan kaum amat penting dalam membentuk perpaduan negara. Konsep segregasi wajar dilupuskan dalam setiap kaum. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Justeru, sekiranya pandangan yang diutarakan oleh kaum lain diutarakan, maka perbincangan 1Malaysia perlu dilaksanakan.
               Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada negara sememangnya penting. Pemahaman kepada konsep Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara telah lama mendasari kehidupan kita sebagai warga Malaysia. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat - menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Secara tuntasnya, apa yang dinikmati kini adalah hasil nikmat bersama dan seharusnya keamanan ini diusahakan sepenuh daya dan tenaga iaitu dengan memainkan peranan sebaik mungkin menerusi sifat – sifat dan ciri – ciri rakyat 1Malaysia yang berkualiti.
          Peranan kerajaan dalam membentuk perpaduan negara juga sebenarnya bukan hanya terletak di bahu pemimpin semata – mata tetapi juga kepada dasar – dasar dan program – program yang direncanakan. Sebagai contoh, Program Trasformasi Kerajaan yang menggariskan Pelan Hala Tuju Negara yang turut menyentuh konsep perpaduan nasional dan semangat integriti. Malah, Model Ekonomi Baru dan Petunjuk Keberhasilan Utama (KPI) dilihat sebagai wahana terbaik bagi mengukuhkan perpaduan nasional yang mantap ekoran beberapa penekanan yang diambil bagi merealisasikan impian 1Malaysia. Selain itu, program Sahabat 1Malaysia yang dijalankan dengan kerjasama syarikat – syarikat swasta seperti Eon Bank Group dan England Opticals Group di bawah kelolaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah salah satu peranan atau usaha kerajaan dalam menggalakkan masyarakat memperoleh pengetahuan tentang konsep 1Malaysia selain beroleh ganjaran dalam bentuk wang tunai. Ianya juga sebagai kayu pengukur keberkesanan kempen Gagasan 1Malaysia dalam kalangan rakyat yang merupakan KPI (Indeks Prestasi Utama) RTM (Radio televisyen Malaysia). Tidak ketinggalan juga Klinik 1Malaysia yang menggalakkan rakyat mendapatkan rawatan mudah seperti sakit kepala dan selsema tanpa membezakan perbezaan bangsa, etnik mahupun kaum.
          Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan - tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia. 1Malaysia, “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin – pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara.       Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
          Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep 1Malaysia.







0 ulasan: