~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

calf stretch.. anatomi..

1.0 Pendahuluan
Aktiviti regangan dapat membantu menghindarkan kecederaan dan keletihan pada otot. Pada dasarnya aktiviti regangan berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke seluruh bahagian otot agar pemulihan otot berlaku dengan lebih cepat. Regangan otot mampu meningkatkan proses pertukaran udara di dalam sel dan merangsang sistem – sistem dalam badan. Selain itu, regangan otot dapat memperbaiki postur tubuh badan. Aktiviti regangan juga dijadikan sebagai senaman memanaskan badan sebagai persediaan awal sebelum melakukan sebarang aktiviti berintensiti tinggi.
Senaman kalistenik pula merupakan salah satu senaman dinamik dan statik ataupun lebih dikenali dengan nama lakuan lokomotor dan bukan lokomotor yang mengandungi pelbagai pergerakan mudah dan menggunakan peralatan yang minima. Senaman ini telah digunakan secara meluas di negara seperti India dan Greece beribu tahun dahulu. Senaman ini turut digunakan dalam melatih pasukan tentera di negara India. Justeru, tidak hairanlah bahawa terdapat salah satu senaman kalistenik bersempena dengan nama sesebuah negara iaitu Hindu push-up. Senaman ini dapat meningkatkan kekuatan badan, kelenturan dan dapat membentuk tubuh badan agar lebih cantik dan menawan. Contohnya bagi aktiviti seperti membengkok dan memusing badan. Ianya juga menggunakan berat badan seseorang sebagai rintangan. (Wikipedia; 2010). Pada sekitar 1930an , kalistenik telah diperkenalkan di sekolah- sekolah di Australia. Pada abad ini, kalistenik telah dipertandingkan di peringkat negara Australia.







2.0 Pengenalan calf stretch
Meneliti kepada tajuk utama tugasan ini pula iaitu calf stretch. Calf stretch ialah aktiviti senaman yang melibatkan penggunaan otot utama iaitu gastrocnemius. Otot gastrocnemius ialah otot utama yang terlibat dalam pergerakan ini. Manakala, soleus merupakan otot minor selain otot – otot lain yang terdapat pada kaki. Antara contoh – contoh calf stretch yang popular ialah standing soleus calf stretch dan standing gastronemius calf stretch. Antara tulang yang dominan ialah tibia dan femur. Pergerakan ini juga meliputi aspek posisi badan, jenis pergerakan yang terlibat dan secara tidak langsung mempunyai kaitan secara fisiologinya dengan sistem saraf. Aktiviti calf stretch ini bertujuan memastikan otot berupaya menyerap lebihan hentakan dan mengelakkan kecederaan pada otot terutama pada buku lali dan kaki. Tambahan pula, kelenturan seseorang dapat ditingkatkan melalui senaman ini.
3.0 Objektif
3.1 Untuk mengenalpasti jenis pergerakan pada otot- otot utama yang terlibat dalam senaman calf stretch.
3.2 Untuk menganalisis perkaitan antara interaksi otot rangka dan sistem sendi yang terlibat dalam senaman calf stretch.
3.3 Untuk membuat hubung kait antara fungsi anatomi dan fisiologi badan melalui senaman calf stretch.
3.4 Untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai hubung kait antara sistem rangka dengan sistem biomekanik.
3.5 Untuk menyenaraikan nama – nama tulang, otot dan sendi yang terlibat bagi setiap pergerakan yang terdapat dalam senaman calf stretch.
3.6 Untuk memantapkan pemahaman terhadap fungsi sistem otot, sistem rangka dan sistem sendi dalam senaman calf stretch.
3.7 Untuk mengaplikasikan pembelajaran dan pengetahuan mengenai peranan sesuatu sistem dalam membantu melaksanakan fungsi badan.



6.0 Sistem Tulang
Bahagian ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai jenis dan peranan tulang- tulang yang terlibat dalam pergerakan calf stretch samada bagi sistem tulang aksil mahupun sistem tulang apendikular. Setiap penerangan mengenai tulang yang terlibat akan dikupas dan dianatomikan mengikut bahagian – bahagian badan seperti kepala, bahu, badan, tangan dan kaki. Selain itu, bahagian ini juga turut menerangkan tentang hubung kait sendi, kartilej dan tendon dalam membantu pergerakan calf stretch. Sudah pasti tulang berfungsi sebagai tuas dalam membantu otot dan sendi membuat pergerakan.


Posterior Sisi Anterior
Gambar 6.1 : Tulang rangka mengikut kedudukan anatomikal


Gambar 6.2 : Kedudukan tulang berserta nama tulang utama
6.1 Tangan

Gambar 6.3 : Jenis tulang yang terlibat dalam senaman calf stretch
No label Jenis tulang Gambar
1 Klavikle
(tulang panjang)
2 Skapula
(tulang pipih)
3 Humerus
(tulang panjang)
4 Radius dan ulna
(tulang panjang)
5 Karpal dan metakarpal
(tulang pendek)
Jadual 6.1 : Senarai tulang yang terlibat berserta gambar
Jenis – jenis tulang yang terlibat ialah tulang bahu seperti klavikel dan skapula. Tulang panjang pula adalah terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpal dan metakarpal. Tulang skapula bertindak sebagai sokongan terhadap perlakuan menolak dinding. Humerus bekerjasama dengan ulna dan radius bagi menjalankan sistem tuas. Siku berperanan sebagai fulkrum manakala berat badan sebagai beban dan ruang tulang jari dan metakarpal membantu menyempurnakan fungsi sistem tuas sebagai medium daya.


6.1.1 Proses Pergerakan Sebelum dan Selepas




Kaki




6.2 Kaki
Jenis tulang – tulang yang terlibat ialah femur, patela, tibia, fibula, tarsal, metatarsal dan ruas tulang jari. Tulang femur berfungsi sebagai medium untuk mengalirkan dan menyebarkan tekanan yang dihasilkan dalam pergerakan calf stretch. Patela pula berperanan sebagai takal untuk meningkatkan keberkesanan penguncupan otot paha ketika pergerakan calf stretch. Saiz tulang tibia (tulang medial) adalah lebih besar berbanding fibula (tulang lateral). Tarsal, metatarsal dan ruas tulang kaki pula bertindak sebagai tulang sokongan.
No label Jenis tulang Gambar
1 Lengkungan pelvik
(tulang pipih)
2 Femur
(tulang panjang)
3 Tibia dan fibula
(tulang panjang)
4 Patela
(tidak tentu bentuk)
5 Tarpal,metatarsal dan ruas tulang jari
(tulang pendek)
Jadual 6.2 : Senarai tulang yang terlibat berserta gambar

6.2.1 Proses Pergerakan Sebelum dan Selepas

















6.3 Tulang belakang

Gambar 6.4 : Pergerakan yang melibatkan tulang belakang
Tulang belakang terdiri daripada 4 lengkuk utama iaitu servikal, toraksik, lumbar dan sakral. Lengkungan servikal dan lumbar adalah cembung (lengkungan sekunder) dan lengkungan toraksik dan sakral adalah cekung (lengkungan primary). Lengkungan inilah yang membenarkan tulang belakang menyerap hentakan dan tekanan yang terhasil semasa pergerakan calf stretch iaitu semasa berdiri kepada pergerakan membongkok kehadapan sambil tapak tangan dilekapkan pada dinding.


Rajah 6.1: Rajah grafik dua jenis lengkungan
Kartilej yang terdapat antara vertebra berfungsi sebagai penyerap hentakan dan juga untuk meningkatkan kestabilan pada sendi. Kartilej menyaluti hujung tulang yang membentuk sendi dan berperanan melindungi tulang – tulang daripada haus semasa geseran antara sendi.
Ruas tulang pinggang (lumbar) adalah sangat padu dan memberi sokongan kepada badan semasa pergerakan calf stretch yang mana badan hendaklah condong ke hadapan sedikit. Di sini, sekiranya ruas tulang pinggang gagal memainkan peranannya maka keberkesanan senaman calf strecth bagi otot gastronemius adalah amat sedikit. Ianya berperanan untuk menampung berat badan.
Ruas tulang punggung (sakrum) berperanan menyediakan lekatan untuk iliac (tulang punggung) dan melindungi organ pelvik. Lengkungan pelvik terbentuk hasil gabungan 5 tulang sakral bersama – sama iliac.

Gambar 6.5 : Gambar kedudukan tulang belakang mengikut jenis


8.0 Jenis Pergerakan
Jenis pergerakan secara keseluruhannya mempunyai hubung kait yang rapat dengan tulang. Fungsi tulang selain melindungi organ dalaman ialah untuk tujuan pergerakan. Antara istilah – istilah yang digunakan dalam jenis pergerakan calf stretch ialah elevasi, adduction, dan ekstensi.

Rajah 8.1 : Pandangan satah dan arah
Posisi anatomikal badan terbahagi kepada dua iaitu arah dan pembahagian satah. Contoh – contoh istilah bagi arah ialah distal, proksimal, inferior dan superior. Manakala, pembahagian satah diumpamakan seperti bahagian badan yang dipotong kepada beberapa bahagian seperti satah transverse, satah sagital dan satah frontal.

kedudukan posterior kedudukan sisi

8.1 Kedudukan Sedia

Gambar 8.2 : Posisi sedia
Badan mestilah lurus pada setiap satah frontal iaitu satah yang membahagikan badan kepada bahagian anterior dan superior. Apabila tangan diletakkan disisi, jenis pergerakan skapula ialah adduction dan depresi. Keseluruhan badan berada dalam posisi anterior kecuali tapak tangan yang mengadap ke medial badan. Jari tangan pula bebas dan direnggangkan atau lebih dikenali sebagai pergerakan abduction. Selain itu, jari kaki berada dalam keadaan adduction.
8.2 Menggerakan Sebelah Kaki ke Hadapan diikuti Kedua – Dua Belah Tangan

Gambar 8.3
Bahagian satah transverse inferior merupakan pergerakan utama yang terlibat dalam calf stretch yang mana banyak melibatkan penggunaan otot gastronemius dan soleus. Abduksi berlaku apabila skapula digerakkan daripada tulang belakang semasa kepala ditundukkan sedikit ke bawah.


(a) ekstensi (b) fleksi
Gambar 8.4 : Perbezaan jenis nama pergerakan dengan menggunakan sendi yang berbeza
Apabila distal tangan diangkat ke bahagian anterior badan, ekstensi pada bahagian tangan berlaku. Ekstensi ini melibatkan sendi engsel yang mana sendi ini, tulang humerus, ulna dan radius pada sudut 180° iaitu berada pada satu garisan lurus. Apabila tindakan ekstensi siku, bahu akan lebih terekstensi dan teradduksi. Peranan siku inilah yang menetukan jenis pergerakan samada fleksi atau ekstensi. Namun, mengikut laman sesawang ExRx.net (2009), menggerakkan lengan atas ke hadapan dinamakan fleksi tangan. Hal ini disebabkan oleh jenis sendi yang digunakan bagi pergerakan ini. Sendi bahu atau glenohumeral ini menghubungkan glenoid fossa dengan kepala humerus. Sendi yang dibengkokkan ini menyebabkan sudut antara humerus dan bahagian sisi badan berkurang. Justeru, pergerakan membawa tangan ke hadapan terbahagi kepada dua iaitu ekstensi dan fleksi.

Gambar 8.5 : Rajah 8.1: Gambar 8.6:
Posisi pergerakan Elevasi skapula Adduksi jari


Skapula berada dalam keadaan elevasi apabila tangan diluruskan ke hadapan. Tapak tangan mencecah keseluruhan dinding. Jari tangan pula sentiasa dalam keadaan adduction.

8.3 Menolak Dinding Sambil Siku Dibengkokkan

Membengkokkan sendi engsel telah mengurangkan sudut antara dua tulang iaitu humerus dan ulna dan radius atau dalam erti kata lain membawa distal tangan ke arah proksimal tangan. Apabila tindakan fleksi siku, bahu akan lebih terfleksi dan terabduksi.
`
Bahagian anterior yang bergerak menghampiri dinding atau ke arah satah coronal dinamakan fleksi badan. Hal ini disebabkan oleh pengurangan sudut antara lengkungan pelvik dan tulang femur. Apabila bahagian anterior badan iaitu dada dirapatkan hampir ke dinding, tangan yang diektensikan sebelum ini akan difleksikan. Kaki kanan digerakkan ke hadapan dengan pergerakan fleksi manakala kaki kiri dalam keadaan ekstensi. Bahagian posterior badan hendaklah selari bagi kedua – dua arah superior dan inferior badan. Bahagian proksimal tangan dibuka sebanyak 90°.









10.0 Sistem tuas
Pergerakan badan terhasil daripada sistem tuas. Siri sistem tuas bekerjasama untuk menghasilkan pergerakan koordinasi samada pergerakan dinamik mahupun pergerakan statik.
10.1 Sistem tuas pertama
Tuas kelas pertama iaitu fulkrum terletak antara daya dan beban dimana ia menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan. Tuas ini digunakan untuk keseimbangan badan ketika fleksi tangan apatah lagi ketika badan dirapatkan ke dinding. Pergerakan ini tidak meningkatkan daya serta meningkatkan kelajuan dan julat pergerakan.
Triceps mengenakan daya terhadap olecranon dalam mengekstensikan lengan tanpa sokongan pada siku.





Pergerakan fleksi Pergerakan ekstensi





10.2 Sistem tuas kedua
Tuas kelas kedua, berlaku apabila beban berada di antara daya dan fulkrum.Ia menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan.Tuas ini digunakan untuk menghasilkan daya gerakan.





10.3 Sistem tuas ketiga
Tuas kelas ketiga berlaku apabila daya berada di antara beban dan fulkrum.Ia menggunakan daya yang maksimum dan pergerakan pantas.Tuas ini digunakan untuk menambahkan kelajuan.





a) Biceps dan branchialis menarik ulna (F) untuk mengangkat lengan, tangan ataupun beban (R) pada siku (A).


pergerakan fleksi pergerakan ekstensi



b) Tulang proksimal dan distal phalanx berperanan sebagai fulkrum, manakala tulang tengah tapak kaki seperti navicular dan cuneiforms yang disaluti otot extensor hallucis brevis dan flexor digitorum brevis berfungsi sebagai daya dan tarsal sebagai rintangan atau beban.




c) Di samping itu, terdapat juga sistem tuas ketiga apabila melakukan pergerakan jenis fleksi pada bahagian satah transverse. Patela bertindak sebagai fulkrum, tarsal sebagai beban dan penguncupan otot hamstring menghasilkan daya.

0 ulasan: