~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

AR -RUMMAN

Rbuah-delima
buah yang berkhasiat... cik keh.. hehe.. antioksidan... try it..


BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Delima adalah antara pokok di syurga, kini ditanam secara meluas sehingga ke China dan California, Amerika Syarikat untuk tujuan komersial. Antara keunggulan buah ini ialah susunan dalamannya. Dalam banyak budaya masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan usia yang panjang. Orang China umpamanya, menjadikan amalan makan buah delima di majlis perkahwinan sebagai lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan yang besar.
Ketika zaman Nabi Musa a.s, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam di Palestin yang kini dinamakan Hebron merupakan pengeluar delima atau rumman, Nama Rimmon diambil sempena buah delima.
Bagaimanapun, delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan Banjaran Himalaya dan utara India dan berkembang menjadi tanaman penting di pesisir Laut Mediterranean. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.
la juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Sementara dalam dunia perubatan Yunani, delima mampu mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.

rujukan:-
faktafaktamenarik.com

0 ulasan: