~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

AR -RUMMAN

Rbuah-delima
buah yang berkhasiat... cik keh.. hehe.. antioksidan... try it..


BUAH delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Delima adalah antara pokok di syurga, kini ditanam secara meluas sehingga ke China dan California, Amerika Syarikat untuk tujuan komersial. Antara keunggulan buah ini ialah susunan dalamannya. Dalam banyak budaya masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan usia yang panjang. Orang China umpamanya, menjadikan amalan makan buah delima di majlis perkahwinan sebagai lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan yang besar.
Ketika zaman Nabi Musa a.s, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam di Palestin yang kini dinamakan Hebron merupakan pengeluar delima atau rumman, Nama Rimmon diambil sempena buah delima.
Bagaimanapun, delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan Banjaran Himalaya dan utara India dan berkembang menjadi tanaman penting di pesisir Laut Mediterranean. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun pohon delima dikatakan mampu hidup selama 200 tahun dan buahnya kaya dengan zat sodium, riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam.
la juga menjadi penawar yang berkesan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi untuk penyakit jantung, cepat tua dan barah.Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.Sementara dalam dunia perubatan Yunani, delima mampu mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawaskan penghadaman.

rujukan:-
faktafaktamenarik.com

maaf..

saya ingin memohon maaf atas kesulitan ketika ingin mendapatkan maklumat daripada blog ini.. sesungguhnya.. ini je yang termampu... apa2 masalah.. sila komen ek..nk soft copy.. bagitau..

rph bm

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                    : 10 Februari 2011
Masa                     : 8.00 – 9.00 pagi
Tahun                              : 6 Megah
Bilangan Murid      : 35 orang
Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu
Tajuk                     : Faedah Bersukan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:             
8.2     : Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam              sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
                     Aras 1 : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan:
5.1  : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan                          intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2(i):Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan                        penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
 
Objektif     :
                                Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.     Membaca teks dengan intonasi dan nada yang betul mengikut tanda baca.
2.     Menulis sekurang- kurangnya 5 kata kerja di dalam petikan.
3.     Membuat ayat pendek berdasarkan kata kerja yang terdapat di dalam petikan.


Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Tanda baca, sebutan dan intonasi.
Kosa Kata : Cergas, cerdas, manfaat, faedah, hindar, dipupuk, rekreasi
Pengisian Kurikulum :    
           Nilai  : Bekerjasama, menghargai
           Ilmu  : Kesihatan dan Sivik
Kemahiran Bernilai Tambah :   
           Kemahiran Berfikir – mencirikan
Pengetahuan Sedia Ada :
           Murid pernah menyertai Hari Sukan Sekolah.
Bahan Bantu Mengajar :
(i) Video “Hari Sukan”
(ii) Bahan bercetak (Teks Faedah Bersukan)










Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

1.     Tayangan video “Hari Sukan”

1.     Guru menunjukkan video dan murid menyebut serta memberitahu guru tentang video yang ditunjukkan guru.
2.     Murid menceritakan aktiviti-aktiviti sukan yang digemari.
3.     Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti mereka.
4.     Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini.

Bahan Bantu Mengajar:
Video “Hari Sukan”

Langkah 1
(10 minit )

1.     Perbincangan kumpulan.
2.     Bacaan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.

1.     Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2.     Guru memberi helaian petikan
“ Faedah Bersukan” kepada setiap murid.
3.     Murid diminta membaca petikan itu secara individu di dalam kumpulan masing- masing dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul.
4.     Guru menegur sekiranya terdapat kesalahan pada bacaan murid.

Nilai: Bekerjasama, yakin diri

Bahan Bantu Mengajar:
Petikan “Faedah Bersukan”

Teori Mentalis





Langkah 2
(15 minit )

1.     Penerangan mengenai kata kerja.
Contoh kata kerja :
i.       Berekreasi
ii.      Berlari  

1.     Murid diterangkan secara terperinci mengenai maksud dan konsep kata kerja.
2.     Murid mencatat isi penting yang dinyatakan oleh guru.




Bahan Bantu Mengajar :
Petikan “Faedah Bersukan”
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir-mencirikan

Langkah 3
( 20 minit )

1.     Membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan kata kerja yang terdapat di dalam petikan.

1.     Guru meminta murid mencari dan menggaris kata kerja yang terdapat di dalam petikan.
2.     Murid diminta menggunakan perkataan tersebut untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
3.     Murid bertanyakan guru sekiranya tidak faham.
4.     Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk membacakan ayat mereka.
5.     Murid membaca ayat masing- masing dengan nada dan intonasi yang betul.

Bahan Bantu Belajar:
Buku latihan

Nilai: Bekerjasama

Teori Mentalis

Penutup
(5 minit )

1.     Penutup kognitif
·       Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan atau sesuatu keadaan.



1.     Guru membimbing murid membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan nilai- nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.     Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan - bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.


Nilai :
1.Menghargai
2.Menghormati
3.Bekerjasama



Refleksi: ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................                                                                                       
                                                 

rph gimnastik imbangan duduk

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI


Mata Pelajaran                                   :           Pendidikan Jasmani
Tunjang                                  :           Kemahiran
Tajuk                                      :           Gimnastik Artistik
Sub Tajuk                               :           Imbangan duduk (V)
Tarikh / Hari                            :           28 Januari 2011
Masa                                      :           9.00 – 10.00 pagi
Tahun                                     :           Tahun 4
Bilangan Murid                                   :           16 orang ( 10 lelaki ; 6 perempuan)

Pengetahuan
Sedia Ada                               :           Murid pernah aksi – aksi gimnastik melalui televisyen.

Hasil Pembelajaran                :           Pada akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid - murid dapat :

                                                           Psikomotor      : melakukan imbangan duduk dalam masa 3 hingga 5 saat pada kedudukan sekurang- kurangnya 3 daripada 5                                                                                     saat percubaan dengan teknik yang betul.

                                                           Kognitif            : menerangkan posisi imbangan duduk seperti ( huruf V ) dengan kedudukan kaki, badan dan tangan yang                                                                                    betul.
                                                                                  : menyatakan otot yang terlibat dalam lakuan imbangan duduk.                                                                                                                 
                                                           Afektif             : menunjukkan komitmen dan minat dalam melakukan kemahiran yang dilaksanakan.

Penerapan Nilai                      :           Bantu -  membantu, memotivasikan diri untuk berusaha dan bekerjasama.
Kemahiran Generik                :           Memahami konsep imbangan dan kestabilan dalam imbangan duduk.
Penggabungjalinan Subjek    :           Sains   otot terlibat

Bahan Sumber P&P               :           Skitel   -   4                
                                                           Tilam  -  4                  

Strategi Pengajaran               :           KBKK (menciri, manaakul, menganalisis ) ;
                                                           Konstruktivisme ( merangsang, explore, menerangkan, meluaskan konsep  dan menilai ).








Bahagian / Masa


Aktiviti

Fokus Pembelajaran

Organisasi

Catatan

Permulaan
( 12 minit)

Memanaskan badan
-        Permainan “AEIOU stop”





















Regangan
-        Membuat regangan pada bahagian kaki












-        Membuat regangan pada bahagian abdomen
( bangun tubi)


i.       Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
ii.      Kumpulan A akan memilih seorang wakil untuk menyebut frasa AEIOU stop.
iii.     Kumpulan B yang bermain permainan ini akan berhenti dan statik.
iv.    Ahli lain daripada kumpulan B bebas untuk mengacah dengan kata – kata tanpa perlu menyentuh ahli kumpulan B.
v.      Ahli kumpulan B yang bergerak atau tersenyum sehingga menampakkan gigi akan terkeluar daripada permainan.
vi.    Mana – mana ahli kumpulan B yang berjaya tiba di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.
vii.   Kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai tiba di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.
viii.  Kemudian, kumpulan B pula akan mengambil alih peranan kumpulan A.



i.       Sambil berdiri, temukan hujung jari kaki dengan hujung jari tangan.
ii.      Tunduk dan tahan dalam kiraan 8.
iii.     Sambil duduk, temukan hujung jari kaki dengan hujung jari tangan.
iv.    Tahan dalam kiraan 8.
v.      Temukan kedua – dua belah tapak kaki.
vi.    Tunduk sejauh yang boleh sehingga dahi mengenai kaki.
vii.   Tahan dalam kiraan 8.




i.       Berbaring sambil tangan diletakkan atas perut.
ii.      Lutut dibengkokkan.
iii.     Bangun sehingga dada mengenai paha.
iv.    Ulang sebanyak 10 kali.


B
B
B
B
B
 


       

          A   A   A   A   A   A   A   A  

     B

G
                                     
                     B






Murid daripada kumpulan B boleh berselerak.

X
X
X
 

   
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
G





    

 


                           

                         
                          

X
 



























i.       Menyatakan otot terlibat.
·        Hamstring
·        Gastrocnemius










i.       Menyatakan otot terlibat
·        Pectoralis major



Perkembangan
( 20 minit )

Langkah 1
( 5 minit )

Gerak Kerja Kelas


i.       Imbangan sebelah kaki










i.       Kaki lurus (pointed toe).
ii.      Tangan di belakang.
iii.     Badan berada dalam kedudukan 45°.
iv.    Angkat sebelah kaki lurus pada kedudukan 45°. ( kanan dan kiri)
v.      Tangan didepakan.
vi.    Ulang lakuan sebanyak 5 kali.



X
X
                             
X
X
 


X
X
X
X
X
X
X
X
 


i.       Guru membetulkan kesilapan lakuan murid.
ii.      Memastikan ikut butiran mengajar.

Langkah 2
( 7 minit )

Gerak Kerja Berpasangan


i.       Imbangan dua kaki














i.       Duduk melunjur di atas lantai.
ii.      Badan condong ke belakang 45°.
iii.     Kedua – dua belah tangan diluruskan ke belakang dan menyokong berat badan.
iv.    Angkat sebelah kaki lurus.
v.      Rakan membantu untuk mengangkat kedua – dua belah kaki serentak pada kedudukan 45° dengan tangan berpaut pada betis.
vi.    Imbangkan badan dia atas punggung dan tangan.
vii.   Bertahan tanpa bantuan rakan.










X
X
X
X
X
X
 





X
     
X
X
X
X
X
 






·        Bilang 1 dan 2 berselang seli.
·        Nombor 1 akan berada di belakang nombor 2.





















Langkah 3
( 8 minit )

Gerak Kerja Kumpulan


Tiga Penjuru




i.       Duduk melunjur di atas lantai.
ii.      Badan condong ke belakang 45°.
iii.     Kedua – dua belah tangan diluruskan ke belakang dan menyokong berat badan.
iv.    Naikkan kedua – dua belah kaki ke atas secara serentak.
v.      Kaki hendaklah bersudut 45° dalam keadaan rapat dan lurus.
vi.    Imbangkan badan dia atas punggung dan tangan.
vii.   Angkat kedua –dua belah tangan dari lantai – depakan tangan.
viii.  Turunkan kedua – dua kaki serentak.
ix.    Bertahan dalam kiraan 5 -7 saat.









AAAAAA                  BBBBBB



                          
Text Box: CCCCCC                            C
C
                            C





-        Murid dibahagikan kepada kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C .



Kemuncak
( 18 minit )

Permainan Siapa Gimnas Paragon


i.       Lakukan aktiviti imbangan duduk secara serentak bagi ke empat-empat kumpulan tersebut.
ii.      Pelajar dalam setiap kumpulan yang bertahan lama akan mewakili kumpulan masing-masing dalam peringkat akhir.
iii.     Pada peringkat akhir, pelajar yang bertahan lama akan bergelar juara.








 

AAA                     CCC
AAA                     CCC




  DDD                         BBB
  DDD                         BBB



Penutup
( 7 minit )

a.  Gerak kendur











b.  Soal jawab











c.   Rumusan

i.       Duduk berlunjur.
ii.      Rapatkan bahagian badan ke kaki.
iii.     Letakkan tangan ke belakang badan sejauh mana yang boleh.
iv.    Ulang langkah iii bagi kedua – dua  sisi badan iaitu sebelah kanan dan kiri.






i.       Seorang murid menyatakan semula otot yang terlibat dan menunjukkan kedudukan otot tersebut.

ii.      Antara otot utama yang terlibat :-

1)     hamstring
2)     gastrocnemius
3)     pectoralis major



Guru menjelaskan teknik – teknik membuat imbangan duduk yang betul sambil membuat demonstrasi dengan memanggil seorang pelajar.


 

                             G

          X                                    X  
          X                                    X
          X                                    X
          X  X X X  X  X  X   X  X  X













i.       Guru membuat peneguhan untuk menilai kemampuan murid mengingat semula nama otot setelah dinyatakan pada masa permulaan kelas.