~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

rph bm

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                    : 10 Februari 2011
Masa                     : 8.00 – 9.00 pagi
Tahun                              : 6 Megah
Bilangan Murid      : 35 orang
Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu
Tajuk                     : Faedah Bersukan

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:             
8.2     : Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam              sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
                     Aras 1 : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan:
5.1  : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan                          intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2(i):Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan                        penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
 
Objektif     :
                                Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.     Membaca teks dengan intonasi dan nada yang betul mengikut tanda baca.
2.     Menulis sekurang- kurangnya 5 kata kerja di dalam petikan.
3.     Membuat ayat pendek berdasarkan kata kerja yang terdapat di dalam petikan.


Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Tanda baca, sebutan dan intonasi.
Kosa Kata : Cergas, cerdas, manfaat, faedah, hindar, dipupuk, rekreasi
Pengisian Kurikulum :    
           Nilai  : Bekerjasama, menghargai
           Ilmu  : Kesihatan dan Sivik
Kemahiran Bernilai Tambah :   
           Kemahiran Berfikir – mencirikan
Pengetahuan Sedia Ada :
           Murid pernah menyertai Hari Sukan Sekolah.
Bahan Bantu Mengajar :
(i) Video “Hari Sukan”
(ii) Bahan bercetak (Teks Faedah Bersukan)










Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

1.     Tayangan video “Hari Sukan”

1.     Guru menunjukkan video dan murid menyebut serta memberitahu guru tentang video yang ditunjukkan guru.
2.     Murid menceritakan aktiviti-aktiviti sukan yang digemari.
3.     Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti mereka.
4.     Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini.

Bahan Bantu Mengajar:
Video “Hari Sukan”

Langkah 1
(10 minit )

1.     Perbincangan kumpulan.
2.     Bacaan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.

1.     Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2.     Guru memberi helaian petikan
“ Faedah Bersukan” kepada setiap murid.
3.     Murid diminta membaca petikan itu secara individu di dalam kumpulan masing- masing dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul.
4.     Guru menegur sekiranya terdapat kesalahan pada bacaan murid.

Nilai: Bekerjasama, yakin diri

Bahan Bantu Mengajar:
Petikan “Faedah Bersukan”

Teori Mentalis





Langkah 2
(15 minit )

1.     Penerangan mengenai kata kerja.
Contoh kata kerja :
i.       Berekreasi
ii.      Berlari  

1.     Murid diterangkan secara terperinci mengenai maksud dan konsep kata kerja.
2.     Murid mencatat isi penting yang dinyatakan oleh guru.




Bahan Bantu Mengajar :
Petikan “Faedah Bersukan”
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir-mencirikan

Langkah 3
( 20 minit )

1.     Membina ayat tunggal dan majmuk berdasarkan kata kerja yang terdapat di dalam petikan.

1.     Guru meminta murid mencari dan menggaris kata kerja yang terdapat di dalam petikan.
2.     Murid diminta menggunakan perkataan tersebut untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk.
3.     Murid bertanyakan guru sekiranya tidak faham.
4.     Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk membacakan ayat mereka.
5.     Murid membaca ayat masing- masing dengan nada dan intonasi yang betul.

Bahan Bantu Belajar:
Buku latihan

Nilai: Bekerjasama

Teori Mentalis

Penutup
(5 minit )

1.     Penutup kognitif
·       Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan atau sesuatu keadaan.



1.     Guru membimbing murid membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan nilai- nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.     Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan - bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.


Nilai :
1.Menghargai
2.Menghormati
3.Bekerjasama



Refleksi: ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................                                                                                       
                                                 

0 ulasan: