~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

edu- model assure.. sori srabut..


Pengenalan ASSURE
ASSURE merupakan sebuah model pengajaran yang telah menggabungkan adegan pengajaran yang diterangkan oleh Gagne’. Model ini dipelopori oleh Heinich, Molenda & Russell, & Smaldino, (1996). Model ASSURE merupakan panduan prosedural untuk perancangan dan pengendalian dengan integrasi media. (Rozinah Jamaludin, 2003). Taksiran keperluan adalah langkah pertama dalam menentukan proses pembangunan pengajaran yang lengkap untuk memastikan kesesuaian pengajaran dengan apa yang ingin dicapai.





Media Pengajaran : Persembahan PowerPoint dan Kotak Ajaib
1.    Analisis Murid (Analyze Learner)
Antara elemen yang ditekankan dalam menganalisis murid untuk membuat keputusan dalam pemilihan media dan kaedah termasuklah ciri – ciri am, ketrampilan kemasukan khusus dan gaya pembelajaran. (Rozinah Jamaluddin, 2003).

1.1. Ciri – Ciri Am
Secara khususnya bagi ciri – ciri am ialah kelas, bilangan, latar belakang murid dan   sosioekonomi.                                                                                                                     
Purata saiz kelas pula tidak mendatangkan masalah untuk penggunaan persembahan powerpoint. Jika purata saiz kelas lebih kecil, maka ianya merupakan suatu kelebihan buat guru bagi kawalan kelas dan murid untuk memberi lebih fokus.
Memandangkan ianya merupakan media pengajaran jenis tayang, maka kuantiti murid bukanlah penghalang. Murid sedikit atau banyak dibolehkan bagi penggunaan media tayang ini. Jika banyak, maka ianya lebih berorientasikan kepada konsep kuliah.
Murid yang mempelajari konsep keselamatan jalan raya buat kali pertama akan memerlukan pengalaman konkrit seperti memainkan sesuatu peranan atau menjalankan sendiri aktiviti. Namun, penggunaan powerpoint ini lebih terarah kepada kumpulan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuklah mereka yang sudah mengetahui konsep keselamatan jalan raya atau mempunyai pengalaman tentang kemalangan jalan raya kerana mereka sudah dapat gambaran tentang keselamatan jalan raya melalui tayangan persembahan powerpoint.
Sosioekonomi murid pula bersifat universal samada murid daripada keluarga berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi. Semua murid berhak mendapat pendidikan yang sama rata. Bagi murid daripada keluarga berpendapatan rendah, ianya merupakan sesuatu yang baru.
Bagi media pengajaran kedua iaitu kotak ajaib pula purata saiz kelas tidak akan mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan media pengajaran jenis ini adalah bersifat kumpulan. Wakil kumpulan akan membentangkan dan meletakkan gambar pada label keselamatan yang betul setelah perbincangan bersama rakan kumpulan.
Model kotak ajaib ini bersifat maujud dan mudah digunakan serta difahami oleh murid apabila mendapat arahan. Latar belakang pula tidak mempengaruhi penerimaan murid terhadap isi pelajaran. Semua murid dapat merasai dan mempunyai pengalaman baru apabila melihat dan melakukan sendiri proses meletakkan gambar pada label.

1.2. Ketrampilan Kemasukan Khusus
Bagi ketrampilan kemasukan khusus pula lebih menjurus kepada  tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid.
Media pengajaran ini bersesuaian untuk murid biasa yang normal. Tahap kebolehan murid pula difokuskan kepada tahap sederhana. Pembelajaran ini tidak memerlukan tahap kebolehan yang tinggi. Cukup sekadar memahami dan mengingati langkah – langkah keselamatan yang dibuat pada langkah 2 dan langkah 3.
Pengetahuan sedia ada murid juga dapat dikaitkan dengan keselamatan jalan raya ini. Murid telah mempuyai pengetahuan sedia ada ini melalui iklan – iklan di televisyen dan bimbingan orang dewasa semasa berada di jalan raya.
Penilaian awal sebelum persembahan powerpoint telah dimasukkan dalam langkah 1 melalui soal jawab dengan murid mengenai cara mereka ke sekolah. Tujuannya adalah untuk menilai ketrampilan murid tentang keselamatan ketika ke sekolah secara tidak formal melalui sesi soal jawab dengan murid.
Penggunaan media kedua iaitu kotak ajaib ini tidak menjangkaui tahap kebolehan murid dan amat mudah untuk digunakan dan diaplikasikan kepada murid. Murid tidak memerlukan pengetahuan baru dan cukup dengan pengalaman sedia ada memandangkan kotak ajaib amat senang untuk difahami penggunaannya oleh murid.

1.3. Gaya Pembelajaran
Selain itu, gaya pembelajaran juga turut mempengaruhi pemilihan media pengajaran seperti yang diterangkan Gardner (1993) bahawa “tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ; tidak semua orang belajar dengan cara yang sama.” Angkubah gaya pembelajaran boleh dikategorikan sebagai keupayaan menerima, tabiat memproses maklumat, faktor motivasi dan faktor psikologi.
Namun, bagi penggunaan persembahan powerpoint ini aspek kecerdasan pelbagai yang ditekankan ialah muzik, kinestetik dan linguistik. Kecerdasan muzik melalui nyanyian lagu lima langkah melintas, kecerdasan kinestetik pula melalui lakuan dalam lagu tersebut manakala bagi kecerdasan linguistik pula melalui  penggunaan bahasa yang betul dalam langkah – langkah keselamatan jalan raya.
Media pengajaran kedua iaitu kotak ajaib pula hanya memerlukan kecerdasan visual, kecerdasan ruang dan kecerdasan linguistik. Murid hanya perlu memerhati cara untuk meletakkan gambar pada ruang label yang disediakan setelah membaca dan memahami gambar tersebut.

2.    Nyatakan Objektif (State Objectives)
Objektif pengajaran dan pembelajaran amat penting pada murid dan ianya sebagai panduan buat guru untuk mencapai sasaran atau target bagi muridnya. Jika kita mengetahui objektif secara berperingkat demi peringkat maka mudahlah untuk kita memilih kaedah dan media pengajaran yang tepat. Seterusnya kita dapat merancang atau mencipta suasana pembelajaran untuk mencapai objektif tersebut dan juga membolehkan kita membuat penilaian.
Berikut adalah  objektif yang terdiri daripada tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif bagi rancangan pengajaran harian Pendidikan Kesihatan Tahun 2 yang bertajuk Keselamatan Ketika ke Sekolah.
      Psikomotor          : i. 80% murid melakukan pergerakan cara melintas   melalui lagu dengan betul.
      Kognitif                       : i. Murid mengenalpasti dan menyatakan tiga daripada empat  langkah keselamatan yang diambil ketika pergi ke sekolah dengan betul.
                                           ii. Murid menyusun empat gambar pada label langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah dengan betul.
      Afektif                          : i. Semua murid menunjukkan bekerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.

Objektif boleh dinyatakan dalam bentuk akronim ABCD yang bermaksud :
A – Audience / Penonton Sasaran
B – Behavior / Tingkah laku
C – Conditions / Keadaan
D – Degree / Darjah


SMART ialah akronim yang boleh diguna untuk memastikan objektif yang dihasilkan efektif dan juga untuk menetapkan sesuatu target. (sumber : www.learnmarketing.net).

Rajah 1: Perkataan dalam akronim SMART

 

Letter
Major Term
Minor Terms
S
Specific
Significant, Stretching, Simple
M
Measurable
Meaningful, Motivational, Manageable
A
Achievable
Appropriate, Attainable, Agreed, Assignable, Actionable, Ambitious, Aligned, Aspirational
R
Relevant
Realistic, Resourced, Resonant
T
Time-phased
Time-oriented, Time framed, Timed, Time-based, Timeboxed, Timely, Time-Specific, Timetabled, Time limited, Trackable, Tangible

Jadual 1 : Penerangan mengenai SMART



2.1  Audience / Penonton Sasaran
Penggunaan persembahan powerpoint ini sememangnya disasarkan kepada murid terutamanya ketika aktiviti nyanyian yang mana murid terlibat secara langsung dengan kaedah menyanyi yang lebih berkesan berbanding penyampaian secara sehala oleh guru.
Namun penglibatan guru untuk memastikan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran juga amat penting. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengajaran guru secara sehala (pengajaran berpusatkan guru) kerana fasa ini penting sebagai pendedahan awal dan guru dapat memberikan penegasan terhadap isi pelajaran (langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah) kepada murid – murid.
Setelah itu, murid akan membuat latih tubi terhadap salah satu langkah keselamatan ketika ke sekolah melalui nyanyian ‘Cara Melintas’. Di sini juga berlakunya penglibatan aktif murid yang melibatkan kecerdasan kinestetik, linguistik dan muzik.
Penggunaan SMART dalam objektif ini ialah guru mensasarkan objektif secara spesifik untuk murid yang mana muridnya mengikut kemampuan murid serta mampu dicapai serta bersifat realistik dengan keperluan semasa serta murid mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

2.2  Behavior / Tingkah laku
Penggunaan frasa atau perkataan dalam membina objektif amat penting agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dan mudah diukur atau bersifat eksplisit. SMART dalam aspek tingkah laku pula guru menetapkan jenis lakuan atau pergerakan dengan spesifik ketika menyanyi lagu ‘Cara Melintas’. Penggunaan frasa juga amat spesifik dan jelas untuk dibuat pengukuran dan penilaian. Selain itu, perlakuan yang ingin dicapai juga amat realistik dengan kemampuan kognitif murid khususnya pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa kepada perubahan tingkah laku murid ketika berhadapan dengan situasi di jalan raya ketika ke sekolah.
Frasa yang dihitamkan menunjukkan objektif yang dilaksanakan mempunyai kaitan secara terus dengan perubahan tingkah laku yang ditunjukkan murid hasil daripada pembelajaran.
      Psikomotor                   : i. 80% murid melakukan pergerakan cara melintas   melalui lagu dengan betul.
      Kognitif                            : i. Murid mengenalpasti dan menyatakan tiga daripada empat  langkah keselamatan yang diambil ketika pergi ke sekolah dengan betul.
                                            ii. Murid menyusun empat gambar pada label langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah dengan betul.
      Afektif                           : i. Semua murid menunjukkan bekerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.

2.3  Conditions / Keadaan
Bagi objektif yang memenuhi aspek conditions atau keadaan, frasa dalam ayat yang boleh dikesan menjurus kepada gambaran kepada sesuatu situasi yang ingin dicapai dalam hasil pembelajaran.
SMART pula lebih terarah kepada sesuatu keadaan yang lebih spesifik, ringkas serta mampu dilakukan oleh murid dengan cara yang terbaik serta bersifat realistik dalam suatu jangka masa yang diletakkan untuk mencapai sesuatu keadaan yang diinginkan murid.
Berikut merupakan frasa yang menunjukkan situasi atau keadaan dalam sesuatu objektif yang sempurna serta memenuhi salah satu kriteria dalam penghasilan objektif iaitu keadaan atau conditions.
      Psikomotor          : i. 80% murid melakukan pergerakan cara melintas   melalui lagu dengan betul.
      Kognitif                       : i. Murid mengenalpasti dan menyatakan tiga daripada empat  langkah keselamatan yang diambil ketika pergi ke sekolah dengan betul.
                                           ii. Murid menyusun empat gambar pada label langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah dengan betul.
      Afektif                          : i. Semua murid menunjukkan bekerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.

2.4  Degree / Darjah
Penetapan darjah dalam objektif dapat menetukan tahap, standard atau kriteria pencapaian pembelajaran dan lebih bersifat muktamad atau rigid.
SMART pula berkaitan dengan penetapan darjah yang lebih spesifik dan tidak bersifat fleksibel namun dibuat mengikut tahap kemampuan murid serta darjah penetapan itu bersifat realistik.

      Psikomotor                   : i. 80% murid melakukan pergerakan cara melintas   melalui lagu dengan betul.
      Kognitif                      : i. Murid mengenalpasti dan menyatakan tiga daripada empat  langkah keselamatan yang diambil ketika pergi ke sekolah dengan betul.
                                            ii. Murid menyusun empat gambar pada label langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah dengan betul.
      Afektif                           : i. Semua murid menunjukkan bekerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.

3.    Pilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials)
Menurut Rozinah Jamaludin (2003), perancangan sistematik untuk menggunakan media memerlukan kaedah, media dan bahan yang akan dipilih secara sistematik menerusi tiga langkah yang terdiri daripada:
1.    Menetapkan kaedah yang tepat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi
2.    Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah
3.    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan khusus untuk menyediakan format media.

3.1  Menetapkan kaedah yang tepat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi
Kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini lebih berpusatkan murid. Pada langkah set induksi dan langkah 1, kaedah yang diambil ialah kaedah soal jawab secara langsung. Kaedah ajuk hafaz (latih tubi)  dan nyanyian digunakan pada langkah 2 . Murid dikehendaki mengulang ayat selepas guru menyebutnya. Melalui kaedah latih tubi dan nyanyian inilah murid berupaya mengenalpasti langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah. Langkah 3 pula menggunakan kaedah sumbangsaran. Murid – murid dapat menyesuaikan pengetahuan dan kefahaman lalu (melalui iklan di televisyen) agar dapat mengakomodasikan maklumat baru (langkah – langkah keselamatan yang diajar) seterusnya meningkatkan tahap kesedaran masing – masing. Dalam langkah penilaian, terdapat aktiviti lakonan yang menekankan kaedah pengajaran main peranan.



3.2  Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah
Dua media pengajaran yang telah menjadi keutamaan dan ingin ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 2 ialah persembahan powerpoint dan kotak ajaib. Kedua – dua media ini mempunyai format media iaitu bentuk fizikal paparan mesej yang berbeza. Ciri – ciri dan keperluan bagi media pengajaran ini akan diterangkan secara lebih terperinci di bawah.

3.2.1     Persembahan powerpoint
Media jenis ini tergolong dalam kategori komputer multimedia yang mana semua elemen seperti grafik, teks  dan audio dirangkumkan bersama. Grafik pula ada yang bertindak sebagai penyokong kepada persembahan seperti peranan grafik – grafik animasi untuk menarik minat murid untuk terus melihat persembahan powerpoint. Teks pula adalah isi kandungan penting kepada pengajaran dan juga lirik lagu ‘Cara Melintas’. Audio ialah penggunaan lagu pada hujung  persembahan powerpoint.
Kesesuaian penggunaan persembahan powerpoint ini adalah berdasarkan  nisbah 3 : 2 iaitu nisbah 3 untuk pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan nisbah 2 untuk pembelajaran murid bagi media pengajaran ini. Hal ini kerana penyampaian guru dalam menyebarkan dan mendidik murid kepada maklumat baru amat penting sebelum aktiviti nyanyian dimulakan.
Untuk penerangan tentang ciri – ciri media pengajaran berlandaskan elemen analysis murid, maklumatnya telah dinyatakan dengan terperinci dalam isi pertama dokumentasi ini iaitu pada bahagian Analisis Murid dalam model ASSURE.
   
   
Rajah 2 : Sebahagian slaid dalam persembahan powerpoint

3.2.2     Kotak ajaib
Kotak ajaib ini bersifat mudah alih, ringan dan  murah. Malah, ia juga tergolong dalam bahan bahan 2 dimensi dan 3 dimensi. Gambar yang dilekatkan pada kadbod dan tulisan bercetak yang ditampal pada bahagian atas kotak dikategorikan sebagai bahan 2 dimensi. Manakala, kotak ajaib yang mempunyai lebar, panjang dan tinggi pula sebagai bahan 3 dimensi.
Cara penggunaan kotak ajaib ini adalah bersifat fleksibel dan mudah guna. Permulaannya, guru akan menunjukkan kotak tanpa sebarang gambar dan bahagian atas yang dilabelkan akan ditutup agar dapat menimbulkan suspen kepada murid. Kemudian, guru menunjukkan gambar dan menerangkan secara ringkas sebelum mengedarkan kepada setiap kumpulan. Wakil kumpulan akan memasukkan gambar tersebut mengikut label yang telah ditetapkan.
Media pengajaran ini merupakan medium yang digunakan sebagai pemudah cara selain meningkatkan minat dan kerjasama murid bagi aktiviti berkumpulan. Malah, ianya juga boleh dikategorikan sebagai permainan berkumpulan yang dijalankan dalam langkah 3.
Untuk penerangan tentang ciri – ciri media pengajaran berlandaskan elemen analysis murid, maklumatnya telah dinyatakan dengan terperinci dalam isi pertama dokumentasi ini iaitu pada bahagian Analisis Murid dalam model ASSURE.

Gambar 1 : Pandangan atas (pelan)
Gambar 2 :Pandangan isometrik sebelum diletakkan gambar
   




Gambar  3: Kotak ajaib kosong
Gambar  4:  Setelah diletakkan gambar dengan label yang betul
    





Gambar  6: Pandangan hadapan kotak     ajaib
Gambar  5 : Kotak ajaib yang lengkap
 
Selain itu, pendekatan yang digunakan adalah berpusatkan murid yang mana murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Hal ini kerana pendekatan yang digunakan adalah mudah dan hanya berpaksikan kepada  ayat – ayat mudah berserta gambar yang menggambarkan situasi keselamatan jalan raya.

3.3  Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan khusus untuk menyediakan format media
Setelah memilih persembahan powerpoint dan kotak ajaib sebagai media pengajaran, proses pengubahsuaian dan mereka bentuk media pengajaran dilaksanakan setelah membuat kolaborasi dengan rakan – rakan dan pensyarah selain kajian sendiri melalui pengalaman lalu.
Bagi media persembahan powerpoint, pengubahsuaian telah dibuat dengan memasukkan elemen nyanyian dalam persembahan powerpoint tersebut. Hal ini bagi memastikan murid mendapat impak positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid juga lebih maksimum dan pembelajaran adalah bersifat menyeluruh kepada setiap individu.
Selain itu, setiap slaid telah direka dengan unsur- unsur yang mampu menarik minat murid Tahun 2 seperti animasi kartun. Warna yang diguna juga bersesuaian dan menekankan elemen kontras antara fakta dan isi kandungan yang ingin ditekankan selain tulisannya yang jelas dan mudah untuk dibaca. Reka letak grafik juga direka agar tidak menimbulkan kekeliruan dan mengganggu visualisasi murid terhadap penyampaian isi pelajaran.
 Malah, sumber – sumber bahan banyak diperolehi daripada internet selain laman web JKJR yang mempunyai silibus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Hasil penelitian, pengubahsuaian dilakukan dengan membuat penyesuaian antara silibus Pendidikan Kesihatan dengan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya melalui proses banding beza antara setiap tahun (Tahap 1).
Untuk media kedua iaitu kotak ajaib, konsep kotak serba guna telah menjadi keutamaan. Bahan – bahan terbuang telah diguna semula dan dibuat inovasi agar fungsinya lebih pelbagai. Terdapat dua jenis bahan iaitu bahan 3 dimensi dan 2 dimensi iaitu kotak dan gambar.

KON PENGALAMAN DALE
Rajah 3 : Peringkat Kon Pengalaman Dale

Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Menurutnya, penggunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar.
Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Pengalaman konkrit yang dialami pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Namun, ia akan semakin berkurang sekiranya murid tidak terlibat di dalam sesuatu aktiviti. Manakala pengalaman abstrak akan berlaku sekiranya penggunaan sesuatu simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa.
Rasional pemilihan media pengajaran persembahan powerpoint dan kotak ajaib adalah untuk memastikan pengalaman yang diperoleh murid adalah bermakna. Bagi media jenis persembahan powerpoint, penekanan adalah lebih kepada pemerhatian yang mana murid melihat gambar dan mendengar penerangan guru selain menyanyi lagu ‘ Cara Melintas’. Manakala, bagi media kotak ajaib berada dalam kategori penglibatan yang mana murid menggunakan sendiri media pengajaran kotak ajaib untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Penekanan utama Kon Pengalaman Dale ini ialah, pengalaman sebenar seseorang pelajar itu mampu untuk membantu mentafsirkan konsep pembelajaran yang abstrak.
           Berdasarkan kon Pengalaman Dale, murid dapat mengadaptasi pengalaman sebenar mereka sewaktu sesi pembelajaran dijalankan. Ini akan membuatkan murid mudah memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kon Pengalaman Dale juga mementingkan tentang pembelajaran yang bersifat konkrit ke pembelajaran yang bersifat abstrak. Dalam erti kata lain, sesi pengajaran dan pembelajaran dari mudah ke sukar akan membuatkan murid bersedia dan seterusnya seronok mengikuti pembelajaran.








Rajah 3 : Kon Pembelajaran Berdasarkan Kon Pengalaman Dale
Persimbolan
Pemerhatian
Penglibatan
Demonstrasi/ Tunjuk cara
Lakonan/
Main peranan
Guna alat &
bahan
Pengalaman
langsung
Persembahan powerpoint
Televisyen
Rakaman, radio, gambar
Simbol  Penglihatan
Simbol Lisan
Lawatan
Menulis
karangan
Memberi pendapat tentang langkah keselamtan jalan raya di sekolah
aktivit gotong-royong
Menyusun empat gambar pada label langkah – langkah keselamatan ketika ke sekolah dengan betul.
berdasarkan model
Melakonkan situasi cara melintas dengan lagu
kumpulan
Guru membuat demonstrasi cara melintas
Membawa murid melihat tempat untuk melintas
melakukan aktiviti gotong-royong
 mengenalpasti dan menyatakan tiga daripada empat  langkah keselamatan yang diambil ketika pergi ke sekolah dengan betul.
bawa murid ke jalan raya
Murid melihat tayangan video
Mengumpul gambar
Menyatakan cara datang ke sekolah
















Perhatian : warna gelap mewakili penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran

Mata pelajaran         : Pendidikan Kesihatan
Tajuk                         : Keselamatan ketika ke sekolah

4.    Gunakan media (Utilise  Media)
4.1  Langkah – langkah untuk menilai media pengajaran
Pengajaran yang dibuat berfokuskan kepada penggunaan media dengan baik dan berkesan. Media yang digunakan dapat melibatkan murid secara aktif. Media pengajaran digunakan keseluruhannya menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran. Media pengajaran yang dihasilkan unik serta mampu menarik minat murid. Selain itu, media pengajaran yang dihasilkan sangat sesuai dengan tahap keupayaan dan keperluan stail pembelajaran murid.

4.2  Aspek penyediaan media pengajaran
Penggunaan media pengajaran hendaklah mempunyai 5P iaitu Preview Materials, Prepare Materials, Prepare Environment, Prepare Learner dan Provide Learning Experience. Bahan – bahan dan media pengajaran hendaklah dibuat penilaian awal dengan cara membuat analisis awal, kajian melalui pemerhatian dan mencari bahan yang bersesuaian.  Penyediaan bahan pula dilakukan secara bersistematik iaitu dengan mengambil kira kesesuaian bahan dan media pengajaran dengan isi kandungan pengajaran. Selain itu, penggunaan persembahan powerpoint memerlukan projektor selain kedudukan tayangan yang mudah dilihat murid. Malah, kesediaan murid untuk belajar pada hari tersebut juga perlu diambil kira. Murid – murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada melalui iklan – iklan di televisyen. Penggunaan kotak ajaib dilihat mampu mendedahkan murid dengan pengalaman belajar secara lebih dekat.

4.3  Penyediaan suasana pembelajaran
Suasana pembelajaran yang kondusif amat penting samaada dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Susunan kerusi dan meja juga perlu bersesuaian untuk persembahan powerpoint. Sekiranya pandangan murid terhalang, murid akan mudah hilang fokus dan minat terhadap pembelajaran. Pembahagian kumpulan juga perlu sesuai ketika aktiviti berkumpulan bagi slot kotak ajaib agar murid mampu bekerjasama dengan baik.



5.    Libatkan Murid (Require Learner Participation)
Dalam media pengajaran persembahan powerpoint, penglibatan murid sangat aktif ketika sesi mengenalpasti dan menyatakan 4 langkah keselamatan ketika ke sekolah dan juga ketika nyanyian lagu ‘Cara Lintas’. Ketika mengenalpasti dan menyatakan, murid akan mengulang ayat yang habis dibacakan oleh guru. Manakala ketika nyanyian, murid akan melakukan pergerakan cara melintas mengikut lirik lagu setelah guru membuat demonstrasi. Kaedah yang digunakan adalah berpusatkan guru dan murid. Guru juga menggunakan kaedah demonstrasi dan penglibatan murid adalah pada tahap maksima. Rasional pemilihan kaedah demonstrasi ini adalah untuk memastikan murid mengaplikasikan kemahiran melalui lagu ketika berhadapan dengan situasi sebenar.
Dalam media pengajaran kotak ajaib, murid dapat menyusun gambar mengikut label yang telah ditetapkan dengan betul sekiranya pemahaman murid terhadap isi pelajaran baik. Kaedah perbincangan antara rakan – rakan telah digunakan selain bimbingan daripada guru. Rasional pemilihan kaedah perbincangan pula adalah berpusatkan murid secara keseluruhannya. Murid akan berbincang sesama ahli kumpulan dan saling bertukar pendapat untuk mendapatkan jawapan yang terbaik dan betul.

6.    Buat Penilaian (Evaluate Learning)
Penilaian sebelum pengajaran boleh dilakukan denagn mengenalpasti ciri – ciri murid seperti tahap keupayaan dan latar belakang murid. Kaitannya dengan penggunaan media ini ialah murid mampu menggunakan media – media dengan baik mengikut tahap kemampuan biasa.
Penilaian semasa pengajaran pula boleh dibuat melalui sesi pemahaman mereka terhadap lakuan cara melintas dengan betul. Kaedah ini merupakan penilaian jangka pendek yang dapat dikesan serta merta.
Penilaian selepas pengajaran pula melalui lembaran kerja dan latihan yang diberikan juga melalui rumusan dan soal jawab guru kepada murid. Aspek peneguhan yang ditekankan guru sebelum ini juga boleh diuji melalui jawapan yang diberikan murid samada tingkah laku mereka berubah ataupun tidak.
Penilaian terhadap pencapaian murid pula lebih kepada objektif psikomotor iaitu perlakuan murid ketika melakukan pergerakan dengan iringan lagu ‘Cara Lintas’ dan objektif kognitif iaitu ketika mengenalpasti dan menyatakan langkah – langkah keselamatan ke sekolah dan menyusun gambar mengikut label yang betul. Objektif psikomotor dapat dikesan semasa membuat penilaian semasa manakala objektif kognitif lebih berperingkat dan mengikut langkah- langkah tertentu.
Penilaian terhadap media dan kaedah pula boleh dilakukan melalui perbincangan kelas, temu duga murid, dan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku murid. Contohnya, penerimaan dan penglibatan murid boleh dilihat melalui ekspresi wajah dan semangat murid untuk terus belajar dan juga melalui permintaan murid itu sendiri.
Seterusnya, peninjauan kembali terhadap keputusan hasil daripada analisis data. Tindak balas dan maklum balas murid terhadap sesuatu keputusan juga dapat menggambarkan kejayaan pengajaran dan keberkesanan media dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Situasinya, murid akan menyuruh guru mengulang lagu ‘Cara Lintas’.

PENUTUP ASSURE
ASSURE merupakan satu model reka bentuk pengajaran yang sesuai digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran kini. Model ini mampu menjadi garis panduan dalam menghasilkan satu siri pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.










REFLEKSI
      Pada pendapat saya, model reka bentuk ASSURE amat penting kepada saya sebagai persediaan untuk menjadi guru yang efektif. Meskipun ianya kadang – kadang remeh dan melemaskan saya, namun kini setelah selesai melaksanakan tugasan ini, saya dapat merasakan kepentingannya terhadap pengajaran saya kelak.

      Saya juga dapat mendalami fungsi media pengajaran itu selain mencuba untuk mengaplikasikannya untuk subjek lain selain subjek Pendidikan Kesihatan. Malah, media pengajaran juga mampu menjadikan saya lebih peka dengan keperluan dan kemampuan murid serta tahap kognitif murid.

Selain itu, saya juga mendapat maklumat tambahan mengenai Kon Pengalaman Dale dan prinsip SMART melalui internet dan pembacaan melalui buku rujukan. Malah, saya juga lebih memahami cara untuk menulis objektif menggunakan konsep ABCD. Tugasan ini mendedahkan saya dengan input yang lebih mencabar memandangkan saya perlu membuat analisis yang lebih terperinci  terhadap setiap fakta dan mengaitkannya dengan pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, saya telah memperuntukkan sejumlah masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini termasukklah masa untuk menyiapkan bahan bantu mengajar, rancangan pengajaran harian selain menyiapkan dokumentasi ini yang pada awalnya saya rasakan mudah. Namun, apabila diterokai saya mendapati ianya unik dan menarik untuk terus diterokai dan dicari gali maklumatnya.

Alhamdulillah, tugasan ini berjaya disiapkan dengan hasil usaha sendiri dengan kajian mendalam melalui internet, perbincangan bersama pensyarah dan rakan – rakan serta kesabaran dan ketekunan di samping sokongan keluarga tercinta.




RUJUKAN
Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norasiah Bt. Abdullah.(2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Puchong. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid. (2009).Teknolgi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kon pengalaman Dale.Retrif 25 Ogos Februari 2011, daripada
jamr2.brinkster.net/pendidikan/MEDIAPENGAJARAN

Rozinah Jamaludin.(2003). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications &         
Distributor Sdn. Bhd.

Smart.Retrif 25 Ogos Februari 2011, daripada

Smart.Retrif 25 Ogos Februari 2011, daripada

Smart.Retrif 25 Ogos Februari 2011, daripada

Smart.Retrif 25 Ogos Februari 2011, daripada

LEMBARAN KERJA

Padankan Situasi dengan Langkah – Langkah Keselamatan yang Sesuai.





0 ulasan: