~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

ip the mascot esei, kaedah pengajaran, kelemahan.. (x tau la btul ke x)

1.0     LATAR BELAKANG KES
1.1     Sinopsis
          Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs. Clem. Permasalahan berlaku apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot. Mrs. Clem keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daipada 8 minggu tempoh praktikalnya.

          Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta Cathy membincangkan pelbagai isu mengenai St. Patrick’s Day. Malah, mengganggunya dengan maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids. Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul daripada pihak Mrs. Clem dan murid – muridnya. Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk membawa ‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’ itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya.

          Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya.

          Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs. Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.






1.2     Watak dan Perwatakan

1.2.1  Cathy Anderson
          Seorang guru praktikum selama 8 minggu yang mengajar kelas bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang kesemuanya murid – murid lelaki. Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari Mrs. Clem kerana ianya adalah pengalaman yang baru baginya. Beliau masih keliru tentang apa yang perlu diadaptasikan untuk mengajar. Beliau ingin belajar dengan Mrs. Clem kerana Mrs. Clem seorang guru yang berpengalaman kerana telah mengajar selama 20 tahun.
1.2.2  Mrs. Clem
          Beliau merupakan guru kelas yang telah ditetapkan sebagai tutor kepada Cathy. Beliau menganggap murid di dalam kelasnya adalah seperti keluarganya dan melayan murid-muridnya seperti anaknya di rumah. Pada awal kehadiran Cathy, Mrs. Clem banyak mengadu kepada kelasnya tentang kesusahannya dalam bertanggungjawab menyediakan murid-murid ke arah masa depan mereka. Beliau seorang yang autokratif dan tidak boleh menerima teguran orang lain tentang pengajarannya.
1.2.3  Jabar
          Seorang pelajar yang cerdik dan petah berkata – kata. Dia sering mengganggu rakan lain agar rakannya tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan  oleh guru lebih awal daripadanya.  Jabar merupakan murid pilihan Mrs. Clem kerana selalu mendapat perhatian yang utama di dalam kelas berbanding rakan – rakannya yang lain.

2.0     PENYATAAN MASALAH
          Guru yang efektif amat penting dalam menjadikan iklim bilik darjah bersistematik dan mampu dikawal serta mampu menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kes ini dengan jelas menyatakan guru yang tidak efektif telah mengucar kacirkan pengurusan bilik darjah. Situasinya ialah Mrs. Clem sebagai guru pembimbing tidak memiliki ciri – ciri guru efektif dan hal ini telah mendatangkan pelbagai masalah sampingan kepada Cathy selaku guru pelatih. Segala masalah yang ditimbulkan oleh Mrs. Clem sememangnya menyukarkan Cathy untuk mengajar apatah lagi merasai perasaan sebenar sebagai guru.
           Hasil dapatan daripada analisis kes ini, Mrs. Clem dilihat sebagai masalah utama yang menyebabkan kepada isu –isu atau permasalahan lain yang telah tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem. Sikapnya dan perangainya langsung tidak mencerminkan ciri – ciri seorang guru yang efektif.  Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu serba serbi apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak.
          Antara isu –isu atau peristiwa yang menunjukkan Mrs. Clem bukannlah seorang guru yang efektif ialah ketika Mrs. Clem bersungut tentang kehidupannya yang sibuk terhadap murid – muridnya. Selain itu, Mrs. Clem tidak berpendirian tetap dan sesuka hati mengubah sesuatu malah memberikan maklumat yang salah kepada murid tentang Aids. Mrs. Clem juga seorang yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya. Selain itu, Mrs. Clem juga tidak memperkenalkan Cathy dengan baik pada sesi perkenalan Cathy dengan murid kelasnya buat pertama kali.

3.0     KENALPASTI MASALAH
          Keseluruhan masalah ini mempunyai kaitan rapat dan hubungkait dengan ciri – ciri guru yang efektif. Apabila ciri – ciri guru yang efektif diabaikan dan jenis guru asertif tidak diamalkan dalam rutin harian kelas, maka ianya telah mendatangkan masalah kepada guru permulaan seperti Cathy. Mrs. Clem nampaknya bukanlah seorang guru yang efektif sehinggakan keseluruhan masalahan dalam kes ini mempunyai kaitan dengan dirinya.
3.1     Murid Tidak Menghormati Cathy
          Masalah yang terjadi ini sememangnya dicetuskan oleh Mrs. Clem. Antara masalah yang dihadapi oleh Cathy ialah murid – murid tidak begitu menghormati Cathy sebagai guru mereka. Contohnya, Jabar dengan sesuka hati bertindak keluar kelas apabila ditegur Cathy dan menjawab dengan nada memberontak. Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur Cathy. Alasan Jabar atas kelakuannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya.
3.2     Kawalan Kelas Tidak Sistematik dan Tidak Teratur
          Selain itu, kawalan kelas juga menjadi tidak sistematik dan tidak teratur. Cathy amat khuatir dengan kawalan kelasnya apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil ‘science kit’ dan nyata apabila pulang daripada mengambil ‘science kit’ itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan ‘science kit’ tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya. Apa yang dikhuatirinya, nyata terjadi. Malah, apabila pulang ke kelas selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam kelas. Apa peranan dan tanggungjawab Mrs. Clem semasa di dalam kelas? Itulah persoalan yang timbul.
3.3     Hasrat Cathy Menjadi Guru Sebenar Terbatas
          Malah, Cathy tidak berpeluang untuk menjadi dan merasai perasaan sebagai guru sebenar. Hasrat Cathy untuk mempelajari sesuatu dan memperoleh pengalaman sebagai guru permulaan daripada Mrs. Clem yang telah berpengalaman mengajar selama 20 tahun tidak kesampaian apabila dia melihat sifat Mrs. Clem yang terlalu banyak bersungut tentang bebanan kerjanya dan kehidupannya yang sibuk kepada murid. Pada pandangan Cathy, itu bukanlah sesuatu yang wajar dicontohinya malah Cathy juga merasakan dia bakal berhadapan dengan satu tempoh masa praktikal yang sukar sebagai seorang guru jika sikap negatif Mrs. Clem ini berterusan dan langsung tidak membantunya.

4.0     KEMUNGKINAN PUNCA MASALAH
          Secara dasarnya , punca kepada masalah ini disebabkan oleh cara didikan dan pengajaran Mrs. Clem sendiri. Sifat – sifat dan ciri – ciri guru efektif tidak dipraktikkan dalam kelasnya apatah lagi diamalkannya. Justeru, pendekatan yang diambil oleh Cathy seperti penggunaan ‘good work tickets’ tidak berkesan.


4.1     Sikap Mrs. Clem yang Pilih Kasih
          Punca bagi masalah kurangnya hormat murid terhadap Cathy adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang pilih kasih dan tidak adil kepada murid – muridnya. Berdasarkan kes, Mrs. Clem terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabar dan kerap memilih Jabar untuk membuat sesuatu untuknya. Contohnya, beliau dengan nekad tetap mahukan Jabar mengambil ‘science kit’ itu meskipun Cathy telah memilih Tai dan Juny.
          Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa disebut sebagai ‘withitness’. Mrs. Clem tidak begitu peka dengan masalah tingkah laku yang ditimbulkan Jabar dan menganggap ianya adalah kebiasaan sikap sesetengah murid.

4.2     Campur Tangan Mrs. Clem
          Punca bagi masalah kedua iaitu kawalan kelas yang tidak sistematik dan tidak teratur adalah disebabkan oleh sikap Mrs. Clem yang suka campur tangan terhadap sesi pengajaran Cathy. Contoh isu yang terdapat dalam kes ini ialah apabila Mrs. Clem dengan sesuka hati mengarahkan Jabar menyiapkan atau menyediakan ‘science kit’ tanpa menghormati dan menunggu arahan daripada Cathy. Apabila keadaan ini berlaku, murid – murid lain yang melihat akan turut serta bersama – sama Jabar. Kesannya, berlaku masalah kawalan kelas hanya kerana arahan yang dikeluarkan oleh Mrs. Clem  apatah lagi dengan sikap Jabar yang tidak mendengar arahan Cathy.
          Amalan yang tidak efektif yang dilakukan Mrs. Clem dalam situasi ini ialah ‘fragmentation’ iaitu Mrs. Clem telah mengarahkan Jabar dan diikuti tujuh murid lain untuk menyediakan ‘science kit’ padahal ‘science kit’ itu adalah untuk semua murid.


4.3     Mrs. Clem bukan Pembimbing yang Baik
          Masalah daripada aspek emosi Cathy dapat dinyatakan apabila Cathy merasakan dirinya bukan seperti guru sebenar. Sebagai seorang guru permulaan, Cathy amat berharap agar diberi peluang oleh Mrs. Clem untuk mengajar apa yang telah dirancangnya sebelum sesi P& P. Namun, sebaliknya terjadi apabila Mrs. Clem dengan mudahnya dan sesuka hati mengubah dengan tiba – tiba kandungan isi pengajaran Cathy. Segala masalah ini berpunca daripada sikap Mrs. Clem yang keberatan untuk membenarkan Cathy mengajar sehinggalah minggu ketiga daripada lapan minggu tempoh praktikalnya, malah terpaksa mengajar rancangan pengajaran yang dirancang Mrs. Clem dan diminta mengajar tanpa persediaan apabila Mrs. Clem sibuk.
          Kesimpulannya, kejadian dan isu – isu yang terjadi terhadap kelas pengajaran Cathy samada daripada aspek kawalan kelas, rasa hormat murid kepada Cathy dan perasaan emosi Cathy terhadap profesion keguruan adalah berpunca daripada Mrs. Clem sendiri. Justeru, segala punca kepada masalah ini perlu diatasi dengan menerapkan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif kepada Mrs. Clem. Mrs. Clem perlu berubah menjadi guru yang efektif agar masalah ini mendapat penyelesaiannya.

5.0     CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
          Kualiti peribadi guru yang efektif akan membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Ada kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri seseorang guru. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah. (Haliza dan Joy Nesamalar, 2008).
          Sememangnya pendekatan yang diambil Cathy untuk mengawal kelasnya sudah betul namun keberkesanannya akan dapat dilihat sekiranya Mrs. Clem ditunjukkan kesilapannya dan diterapkan dengan nilai – nilai dan ciri – ciri guru efektif.


5.1     Mrs. Clem Perlu Lebih Bersikap Universal dan Adil terhadap Muridnya
          Tanggapan awal untuk mengenalpasti guru yang efektif lebih terarah kepada ciri – ciri yang ada pada seseorang guru tersebut seperti cara pendekatan yang digunakan, karekter dirinya yang ceria, keinginan, sifat kebergantungan pada diri, adil, jujur, bijak, mempunyai nilai moral yang baik dan sabar. (Charters dan Waples, 1929).
          Isu bagi kes ini ialah Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri –ciri guru efektif malah pendekatan terlalu memilih kasih antara muridnya telah menyebabkan Jabar berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan bahawa Cathy tidak menyukainya.
          Tingkah laku bermasalah Jabar sememangnya mempunyai kaitan dengan Model Akibat Logikal Dreikurs. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif- motif berikut :
·       Mendapatkan perhatian
·       Mencabar kuasa
·       Membalas dendam
·       Mempamerkan kekurangan

          Jabar berkelakuan demikian semata – mata untuk mendapatkan perhatian Cathy sepertimana yang diperoleh apabila dengan Mrs. Clem. Oleh yang demikian, untuk mengubah tingkah laku Jabar ini, Mrs. Clem perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sekiranya Jabar berkelakuan negatif, Mrs. Clem tidak wajar memberi perhatian sebaliknya mengendahkannya. Sebaliknya, apabila Jabar berkelakuan baik dan membuat tingkah laku yang diingini, disinilah aspek memberi perhatian perlu ditekankan kepada Jabar. Guru yang efektif perlu sedar dan peka terhadap tingkah laku murid – muridnya.
         
          Justeru, Mrs. Clem perlu mengubah pendekatan yang diambil terhadap Jabar. Sikap pilih kasihnya itulah yang telah mendorong kelakuan negatif Jabar. Menurut Lorin (1989), pendekatan kebiasaannya digunakan untuk penyampaian arahan banyak disokong oleh ramai pendidik dan pada masa yang sama para penyelidik mencadangkan agar lingkungan semulajadi (ciri – ciri keperluan psikologikal  Abraham Maslow iaitu kasih sayang) dalam pengajaran yang efektif. Mrs. Clem menggunakan pendekatan yang dirasakan bersesuaian kepada kes – kes kebiasaannya  dan kes – kes yang selalu dijumpainya namun tidak bersesuaian untuk kes Jabar.

           Beliau perlu lebih adil dan bersikap universal terhadap semua murid dan tidak hanya mengharapkan Jabar. Beliau perlu sedar bahawa murid – murid lain juga memerlukan perhatian sama seperti yang Jabar peroleh. Sikap pendiskriminasiannya perlu diatasi dan dikikis dan penyemaian sifat kasih sayang kepada murid – murid lain perlu dilaksanakan.

5.2     Mrs. Clem Perlu Bijak Untuk Campur Tangan

          Kompetensi pengajaran dan pembelajaran merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan. Bagi elemen pengetahuan pula adalah terarah kepada pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan mengenai kurikulum. Manakala, elemen kemahiran pula menjurus kepada kemahiran pedagogi dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. (Haliza dan Joy Nesamalar, 2008).

          Mrs. Clem harus mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum sains yang diajar oleh Cathy. Secara totalnya, kelas sains tersebut perlu diserahkan kepada Cathy tanpa campur tangannya untuk memberi arahan kepada Jabar untuk menyiapkan ‘science kit’ tersebut. Mungkin kurikulum sains pada ketika itu memerlukan pemerhatian dan pemantauan guru yang bertanggungjawab. Keputusannya untuk campur tangan dalam sesi P&P tersebut menyebabkan kawalan kelas kucar kacir.

          Manakala, kemahiran pedagogi juga penting untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan sistematik. Mrs. Clem seharusnya menggunakan konsep kelancaran dan kesinambungan ketika sesi pengajaran yang diperkenalkan Kounin. Guru yang baik akan sentiasa peka terhadap kelancaran sesi P&P dan sentiasa menarik minat murid dan tidak sewenang – wenangnya memberikan mereka peluang untuk membuat gangguan di dalam kelas.
          Menurut Emmer, Evertson dan Worsham (2006), pada awal persekolahan, murid – murid masih tidak pasti apa yang akan berlaku dalam kelas. Mereka mungkin mempunyai jangkaan berdasarkan pengalaman mereka dengan guru yang lain sebelum ini dan berbeza dengan apa yang bakal berlaku pada sesi baru. Cathy pada mereka adalah sama dengan Mrs. Clem daripada segala aspek samda pendekatan pengajarannya mahupun sifatnya.

          Oleh yang demikian, Mrs. Clem perlu lebih prihatin terhadap sikap murid – muridnya terutamanya Jabar. Mrs. Clem perlu menyatakan dengan jelas peraturan, prosedur dan keperluan agar murid – murid tahu situasi sebenar mereka apabila Cathy mengajar nanti. Kesannya, tiada lagi campur tangan Mrs. Clem sekiranya kelakuan murid – murid telah dibentuk melalui peraturan yang diterapkan sejak awal persekolahan.

5.3     Mrs. Clem Perlu Membimbing dan Memberi Tunjuk Ajar
          Lorin W. Anderson (2008) telah menggariskan empat langkah – langkah untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja  sebagai seorang guru. Antaranya:
i.       Pendidik- pentadbiran sekolah perlu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan stabil serta tidak membebankan.
ii.      Guru mesti mempelajari kemahiran komunikasi dan bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
iii.    Guru mesti bekerja ke arah kerjaya yang lebih profesional.
iv.    Masyarakat dan komuniti sekolah khususnya guru – guru berpengalaman perlulah menunjukkan rasa hormat kepada guru sebagai guru profesional yang berpengetahuan.
          Langkah – langkah yang digariskan Lorin tersebut sebenarnya mempunyai kaitan dengan kes ini khususnya bagi langkah 1, 2 dan 4. Ciri – ciri ini perlulah diamalkan dan dipraktikkan oleh Mrs. Clem agar kualiti kerjayanya meningkat dan sekaligus tergolong  dalam kalangan guru – guru yang efektif.
          Bagi langkah 1, Mrs. Clem seharusnya membimbing dan membantu Cathy dalam sesi pengajarannya dan bukannya membebankannya dengan mengubah isi pengajarannya dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Situasi pendidik bagi langkah 1 ditafsirkan sebagai Mrs. Clem memandangkan tugasnya sebagai guru pembimbing.
          Bagi langkah 2, Mrs. Clem yang berpengalaman hampir 20 tahun sebagai guru sewajarnya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi Jabar dan membantu Cathy untuk membentuk disiplin Jabar melalui komunikasi dan perbincangan mereka memandangkan beliau juga lebih arif akan perihal sikap Jabar. Apa yang berlaku dalam kes ini ialah sikap Mrs. Clem yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya berdasarkan pemerhatian oleh Cathy.
          Bagi langkah 4 pula, komuniti masyarakat di sekolah yang dimaksudkan adalah Mrs. Clem. Mrs. Clem seharusnya mengiktiraf kemampuan Cathy sebagai guru permulaan dan memperkenalkan Cathy dengan cara yang lebih terhormat agar Cathy tidak merasakan dirinya seperti mascot.
          Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui sifat guru yang sentiasa membimbing serta memberi galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik. Malah, guru perlu bersifat pembimbing dan bukan pengarah.
          Situasinya di sini, Mrs. Clem yang bertindak sebagai guru pembimbing perlulah sentiasa membantu Cathy dan bukannya semata – mata mengarah. Mrs. Clem juga merendahkan keyakinan muridnya selain Jabar apabila beliau tetap mahu mengarahkan Jabar ke keretanya untuk mengambil ‘science kit’.






6.0     RUMUSAN
          Kesimpulannya, kes ini tertumpu kepada masalah dalam aspek ciri – ciri guru afektif. Watak utama yang menjadi pokok kepada segala masalah ialah Mrs. Clem. Masalah yang dicetuskan oleh Mrs. Clem ini telah menyebabkan masalah kepada Cathy dan murid – murid di dalam kelas sekaligus mengganggu sistem pengurusan bilik darjah.
Konsep asas dan prinsip guru efektif pada pandangan Medley (1982):
          Teacher effectiveness will be used to refer to the results as a teacher gets or to the amount of the progress the pupils make toward some specified goal of education. One implication of this definition is the teacher effectiveness must be defined, and only be assessed, in terms of behaviours of pupils, not behaviours of teachers. 
          Penyataan di atas menerangkan kesan akibat tingkah laku Jabar menandakan ketidakberkesanan Mrs. Clem yang mendidik Jabar selama ini. Guru yang efektif tidak akan berhadapan dengan masalah tingkah laku disiplin dalam bilik darjah. Indikator guru yang efektif sebenarnya bergantung kepada tingkah laku muridnya yang positif.
          Gary D. Borich (2004) telah menyenaraikan empat ciri – ciri psikologikal guru yang efektif. Antaranya ialah personaliti, atitude, pengalaman dan pencapaian (m/s.5). Walaupun kemahiran interpersonal, emosi dan perangai yang baik dipercayai perlu untuk pengajaran efektif (Levis,1987), ujian personaliti telah menunjukkan beberapa bukti ke arah sosial behavior yang positif yang diperlukan dalam pengajaran efektif.
          Justeru, masalah dalam kes ini mempunyai faktor penyumbang kepada masalah ini. Puncanya perlu dicari dan diatasi dengan beberapa langkah yang dirasakan sesuai dengan situasi kes ini.
         


7.0     REFLEKSI
          Berdasarkan kepada analisis kes ini, saya telah mempelajari apa itu pembelajaran berdasarkan kesalahan. Slide powerpoint kumpulan saya bermasalah daripada aspek pokok masalah kepada kes ini. saya sebelum ini pernah bertanya pensyarah akan masalah utama kes ini namun kami tidak disuapkan dengan maklumat. Hasil perbincangan, kami memilih Cathy sebagai masalah utama.
          Hasil pembentangan, kami menyedari kesilapan kami apatah persoalan yang diajukan rakan – rakan tiada jawapannya.  Di sinilah konsep belajar daripada kesilapan telah saya aplikasikan. Saya dan ahli kumpulan terus berpegang dengan fakta baru iaitu masalah kes kami adalah berkaitan rapat dengan ciri – ciri efektif.
          Setelah memulakan penulisan esei, saya sekali lagi menyedari kekurangan slide powerpoint kami. Bukan keseluruhannya bermasalah namun apabila dihubungkaitkan antara masalah, punca dan cara mengatasinya, kesinambungan dan perkaitannya meragukan dan tidak meyakinkan. Saya pun mengambil keputusan untuk tidak mengikut seratus peratus fakta dan huraian yang terdapat dalam powerpoint tersebut.
          Saya juga mendapati ciri – ciri guru efektif tidak mempunyai hubungan yang kukuh dengan model – model yang terdapat dalam buku rujukan utama pelajar IPG. Ianya lebih menjurus kepada pebentukan disiplin murid melalui pendekatan yang perlu digunakan. Maka, saya menjadikan artikel yang dibekalkan pensyarah sebagai sumber rujukan selain buku – buku yang dipinjam daripada perpustakaan.
          Kesimpulannya, saya banyak belajar mengenai ciri – ciri guru yang efektif dan mengkaitkannya dengan kes ini. Tingkah laku bermasalah murid kadangkala bukan hanya terletak di bahu murid tetapi juga dipengaruhi oleh sikap guru itu sendiri. Guru yang efektif mampu melahirkan murid – murid yang berdisiplin tinggi dalam pengurusan bilik darjah.



Rujukan
Anderson, W. (1989). The Effective Teacher. Singapore. McGraw-Hill.
Author. The teacher and profesional skills. Retrieved March 14, 2011, from           http://www.teachersrock.net.
Borich, D. (2004). Effective Teaching Methods. New Jersey. Pearson Prentice- Hall.
Charles, C. M. (2005). Building Classroom Discipline. America. Pearson.
Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan           Budiman Sdn. Bhd.
Cullingford, C. (1995). The Effective Teacher. London. Cassel
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan           Tingkah Laku. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

















































 4.0 Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran merupakan siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pelajaran dalam jangka pendek. Antara kaedah pengajaran ialah perbincangan, demonstrasi, bercerita, sumbangsaran dan penyelesaian masalah.
4.1 Perbincangan
               Mengikut Gauthier (2001), perbincangan merupakan satu proses aktif  yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran dengan tujuan bertukar idea dan pandangan. Aktiviti perbincangan boleh dibahagikan mengikut kumpulan kebolehan samada kebolehan yang pelbagai  (heterogenous) dan kebolehan yang mengikut kebolehan yang sama (homogenous). Terdapat dua jenis perbincangan iaitu dengan arahan guru dan kumpulan yang diketuai oleh pelajar.
               Kaedah yang digunakan ialah guru memilih topik berasaskan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyatakan tujuan, masa dan cara perbincangan. Selain itu, guru hendaklah memberi motivasi dan beri bimbingan supaya penyertaan pelajar lebih aktif.
Kejayaan
Kesan
Cabaran
       i.          Guru menguasai kemahiran menyoal, membuat penerang dan memotivasikan.
      ii.          Guru dapat mengawal kelas supaya semua pelajar dapat menyertai secara aktif.
     iii.          Memilih tajuk perbincangan yang sesuai dan menarik.
       i.          Menggalakkan perkembangan pemikiran melalui sumbangan idea secara sistematik.
      ii.          Pelajar dilatih berbincang dengan menarik, mengemukakan idea dengan jelas, tepat dan logik.
     iii.          Meningkatkan kemahiran lisan dan komunikasi secara berkesan
       i.          Pelajar tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.
      ii.          Guru tidak begitu menguasai dan memahami topik atau tajuk perbincangan.
Jadual 4.1 : Unsur – unsur penting yang terdapat dalam kaedah perbincangan
               Antara elemen penting yang perlu diambil berat oleh guru apabila ingin menggunakan teknik perbincangan ialah matlamat dan objektif. Hal ini adalah untuk menghasilkan pembelajaran berbentuk proses dan bukan hasil akhir. Seterusnya, saiz kumpulan yang ideal perlulah mengikut keperluan dan kehendak serta tuntutan tertentu. Elemen ketiga ialah susun atur bilik. Contoh susunan adalah berbentuk bulatan, separa bulatan, “U”, rantai atau “Y”. Elemen terakhir ialah pemilihan topik dan aplikasi haruslah mampu meransang minat pelajar.
4.2 Demonstrasi
               Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu mengikut prosedur. Kaedah pengajaran ini melibatkan guru atau seorang individu menunjuk cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Contohnya, menjalankan eksperimen bagi subjek sains ataupun tunjuk cara pergerakan lokomotor dalam subjek pendidikan jasmani.

                             
Rajah 4.2 : Tujuan demonstrasi

4.3  Bercerita
               Cerita ialah satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar – benar berlaku atau diciptakan.
                             
Rajah 4.3 : Tujuan pelaksanaan kaedah bercerita
               Terdapat 3 fasa langkah pelaksanaan bercerita. Pertama, sebelum bercerita. Cerita yang dipilih hendaklah menarik dan sesuai dengan tahap umur pelajar. Kedua, semasa bercerita, kemahiran verbal iaitu intonasi suara dan kemahiran bukan verbal seperti mimik muka dan gerak badan. Ketiga, selepas bercerita. Guru boleh menguji kefahaman pelajar tentang cerita dengan mengemukakan soalan – soalan konvergen dan divergen.

4.4 Sumbang saran
               Sumbang saran ialah teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi dalam pembelajaran yang diingini dapat dicapai.
                             
Rajah 4.4 : Tujuan aktiviti sumbang saran

Prinsip
Peraturan
Kelebihan
       i.          Topik sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar
      ii.          Pelajar diberi peluang bagi pendapat
     iii.          Pelajar dilarang membuat kritikan terhadap rakannya yang lain
       i.          Semua idea kecuali jenaka perlu dicatat.
      ii.          Ahli kumpulan perlu menambah idea rakan.
     iii.          Kualiti idea tidak begitu penting.
     iv.          Tiada kritikan terhadap mana- mana pendapat.
       i.          Semua pelajar terlibat.
      ii.          Penglibatan aktif pelajar.
     iii.          Galakkan pemikiran kreatif dan kritis.
     iv.          Dapat memupuk nilai – nilai murni.
Jadual 4.4 : Unsur – unsur penting dalam aktiviti sumbang saran

4.5 Penyelesaian  Masalah
               Penyelesaian masalah ialah proses pembelajaran inkuri dimana pelajar mencari jawapan jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. Oleh sebab kaedah ini berfokus kepada penyiasatan yang sistematik, guru berperanan  sebagai orang yang menerang atau memperjelas secara terperinci masalah yang perlu diselesaikan.

Rajah 4.5 : Proses penyelesaian masalah

               Pelbagai faedah hasil daripada kaedah penyelesaian masalah ini. Pertama, dapat mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan memerlukan memerlukan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Kedua, memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan bebas tanpa sekatan, menyiasat, membina idea dan meneroka idea dengan cara tersendiri. Ketiga, pelajar boleh menikmati keseronokan.




Analisis kelemahan teori behaviouris dalam pengajaran dan pembelajaran.


5.3       MINUS – KELEMAHAN
            Teori behavioris juga mempunyai kelemahan tersendiri sekiranya guru tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
5.3.1    Dendaan
            Apabila guru mengenakan denda seperti meniru lagak haiwan dengan bunyinya, emosi dan perasaan pelajar akan terganggu disebabkan oleh perasaan malu.
5.3.2    Aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah.
            Menurut teori behavioris, kelemahan ini akan menyebabkan kadar pembelajaran murid menurun. Contohnya, isi kandungan dan aktiviti pembelajaran keseluruhannya membosankan dan tidak diselangselikan dengan aktiviti yang lebih menarik.
5.3.3 Diskriminasi
            Sekiranya guru gagal membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan, pelajar akan menghadapi kesukaran dalam memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
5.3.4    Rangsangan yang tidak efektif dan tidak sempurna
             Kesan gerak balas yang negatif menyebabkan proses pelaziman terganggu sekaligus akan  merencatkan proses perkembangan pembelajaran pelajar. Guru yang kurang bijak dalam memilih rangsangan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan minat pelajar menurun.


5.3.5    Peneguhan negatif
            Peneguhan secara negatif akan meningkatkan kekerapan tingkah laku yang sama akan berulang apabila rangsangan yang kurang digemari pelajar digunakan. Contohnya, guru akan menyuruh pelajar membuat pembetulan sebanyak 100 kali. Pelajar akan berasa bosan dan tahap fokus pelajar ketika membuat pembetulan tersebut pada bilangan ke-70 misalnya akan menurun dan tulisan menjadi cakar ayam. 
            5.3.6    Penghapusan
                        Guru boleh menghapuskan tingkah laku murid yang tidak   diingini. Contohnya,             murid menjerit untuk menjawab soalan. Kesannya, murid berasa    malu dengan             rakan   – rakan dan enggan menjawab soalan seterusnya hasil daripada   tindakan guru yang        ingin menghapuskan sikap buruk pelajarnya yang suka menjerit     untuk menjawab       soalan.




















0 ulasan: