~HIDUP PENUH KEHIJAUAN~

...


Online Now Icons

percubaan pertama

ATU

Pagi itu dirasakan singkat baginya. Apatah lagi setelah usahanya sia –sia. Kemahiran itu masih gagal dikuasainya. Tugas yang perlu dipikulnya menyebabkannya sesak nafas dan gelisah. Harapan yang diletakkan padanya dirasakan berat seperti mengangkat batu bata. Semuanya pasal hoki. Hoki sukan kegemarannya dan pilihannya selepas bola jaring dan bola tampar. Pagi itu juga dia dimarah oleh jurulatih atas kegagalan tersebut. “Hei ustazah, ko buta ke pe ni? Bola simple camtu pun boleh lepas?” Itulah gelaran keramat buat dirinya dalam keluarga pasukan hoki Universiti Mus Tough termasuk jurulatihnya. Dia tertunduk. Hanya lafaz maaf yang mampu terucap di bibir. Mengakui kelemahan diri. Kecewa dengan prestasi sendiri. Marah dengan kesilapan diri. Malu dengan rakan – rakan sepasukan.

Dari jauh, seorang jejaka sedang memerhati. Sayup – sayup kelihatan dari pandangannya. Jejaka berbaju merah itu masih lagi memerhati. Kusyuk sekali. Sikap lelaki itu membuatkan Liya gelisah seketika. Umpama ghaib sebentar sifatnya yang buat tidak endah selama ini. Liya bermonolog sendiri. ‘ Kenapa ada yang memerhati? Ya Allah, memang malu la kalu kena marah sampai dengar kat orang lain.’ Walaubagaimanapun, pandangan tersebut dipandang sepi Liya. Sesepi dirinya terhadap perkara yang dirasakan tidak penting untuk diambil pusing. Memang Liya seorang yang tidak begitu prihatin dengan persekitarannya. Apa yang terjadi disekelilingnya selagi tidak membahayakannya dan melibatkannya tidak begitu diendahkan. Itulah prinsip Liya. Liya yang hati kering. Gelaran rakan – rakan sekolahnya dahulu. Sifat itu memang tidak mampu diubah.

Setelah selesai latihan tersebut, Liya pulang ke rumah sewanya sambil ditemani rakannya, Asmah. Rakannya datang menjemputnya memandangkan Liya tidak mempunyai lesen kereta. Yang ada hanya lesen motorsikal. Itupun tidak mampu dimilikinya kerana beban keluarga yang susah. Azam yang disemai untuk menjadi seorang doktor gigi sejak kecil lagi disamping minatnya terhadap sukan hoki telah mendorongnya untuk belajar bersungguh – sungguh dan menjejakkan kaki ke menara gading. Mujur ibunya memahami dan ayahnya menjadi pendorong setia. Pesanan ayahnya sebelum berpisah selepas pendaftaran sentiasa diingati. “ Ingat Liya, kita tak kaya tapi Liya tak kan susah selagi ayah boleh tampung keluarga kita. Belajar rajin – rajin. Ini pilihan Liya. Liya kebanggaan kami semua. Kejayaan Liya bukan untuk ayah tapoi untuk Liya sendiri.” ‘Insyaallah ayah. Liya tidak mampu berjanji. Takut dimungkiri tidak ditepati. Tapi apa yang pasti Liya tidak akan mudah menyerah kalah.’ Azam Liya kala kelibat keluarganya hilang dari pandangannya.

Mereka singgah di warung Pak Ndak untuk menjamu selera. Asmah berhasrat mahu membelanja Liya namun Liya menolak secara baik. Asmah menarik muka masam. “ Ala Liya, ko ni selalu camni. Bagi la chance kat ak belanja ko.” Liya membalas. “Asmah, saya memang dah bagi awak belanja saya. Ni ha, setiap minggu awak hantar saya ke turf. Saya nak bayar awak, awak tolak mati – matian. Kira belanja la tu. ” Asmah masih tidak berpuas hati. Masih memujuk rayu. “Bolehlah Liya sayang oi. Kali ni je. Next time aku tak kan pujuk rayu ko lagi. Ye la, siapalah aku ni.” Kata Asmah seraya mengalunkan lagu kumpulan Exist. Akhirnya Liya mengeluh. Mengalah dengan pujuk rayu Asmah. “Ok – ok. Saya surrender la camni. Awak kalau kata A takkan jadi B punya.” Keakraban mereka memang cukup dicemburui semua. Asmahlah sahabatnya dunia akhirat. Tiada rahsia antara mereka. Asmah penuntut perubatan yang berstatus anak tunggal. Kemewahan keluarganya memang semua maklum. Namun, dia tidak memilih kawan. Dia senang untuk berkawan dengan Liya. Malah, sekali kala bantuan kewangan dihulurkan. Liya menolak dengan baik. Gusar dikatakan mengambil kesempatan atas kebaikan sahabatnya meskipun niatnya bukan begitu. Sifat Liya itulah yang mengukuhkan persahabatan mereka yang kini berusia hampir 3 tahun.


DUA

Adif Zhafiri. Siapa tidak kenal jejaka kacak, bergaya, tinggi lampai dan berasal daripada keluarga berada. Seuniversiti dengan Liya. Hobinya hanya bermain komputer, sesuai dengan jurusan yang diambilnya. Gayanya yang mudah mencairkan mana – mana perempuan dahulu menyebabkan dia tidak lagi betah melayan perempuan kini. Mual dan jemu mungkin. Pernah juga sesekali merungut sendirian terhadap kelebihan diri. “Astagfirullah”. Lantas kalimah itu dialun lembut. Menyedari kekhilafan diri menidakkan Qada’ dan Qadar. Dia tidak gemar melayan karenah perempuan kini. Peristiwa itu. Peristiwa pagi itu yang menyebabkan sifat playgirlnya berubah sama sekali. Umpama lenyap Zhaf yang kaki perempuan buat selama – lamanya dari muka bumi.

Dia kini secara drastik mengubah dirinya. Mengubah kearah kebaikan. Segala sifat mazmumah selama ini dipositifkan menjadi mahmudah. Niat itu memang tertanam dan tersuntik sekian lama apatah lagi setelah memperoleh pengalaman hidup sebagai seorang pelajar SMKA selama 5 tahun. Satu jangka masa yang cukup panjang untuk dititipkan dengan ilmu – ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah secukupnya. Ilmu tanpa amal hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Itulah yang cuba Zhaf terapkan dalam dirinya menjadikan ilmu dengan amal ibarat resmi padi, makin tunduk makin berisi. Cuma, katalisnya itu menguatkan tindak tanduk dan perubahan dirinya untuk menjadi lebih berani dan yang paling penting istiqamah.

Teringat kembali ketika pertemuannya dengan katalisnya itu. Ketika itu, mereka sama – sama runsing dengan tugasan masing – masing. Si gadis yang bertudung manis itu hanya menunduk tanpa segaris senyuman terukir di bibirnya setelah kejadian itu. Kejadian terlanggar di perpustakaan. Lelaki memang jarang nak mengalah. Ego perlu dijaga. Air muka perlu ditadah daripada bocor meleleh. Jangan kerana perempuan maruah tergadai. Sambil memegang buku yang sarat, Adif dengan tidak sengaja terlanggar gadis itu. Habis jatuh buku bertaburan. Bergema satu perpustakaan dengan bunyi buku bertabur. Adif apa lagi. Terus memaki hamun. “ Hei, ko buta ke apa ni? Ko tak nampak ke aku tengah pegang buku berlungguk ni? Hish! Menyusahkan betul. Baik ko kutip balik buku aku ni.” Gadis itu dengan hanya menunduk mengutip buku tersebut dan menyerahkan kepada Adif. “ Terima kasih ye cik adik. Lain kali bagi jatuh buku abang lagi. Boleh cik adik ambilkan.” Ketawanya berdekah – dekah sambil berlalu pergi dengan rakan – rakannya.

Kini, igauan gadis itu kerap bertamu dalam tidurnya. Inikah cinta? Namun, sehinggalah semalam kunjungannya ke astroturf untuk menghilangkan kebosanan setelah selesai solat dhuha menjadikan igauannya bukan sekadar igauan. Pandangannya terhadap satu suara yang sedang memarahi salah seorang pemain memang kunci jawapan kepada persoalannya selama ini. Igauan bertukar mimpi. Mungkin juga igauan bertukar kepada angauan. ‘Masyaallah, aku dah jumpa dia’. Monolognya sendirian sambil tersenyum syukur. Dia tidak mampu menahan lagi. Dia memang ingin berterus- terang dengan gadis itu. Biarlah apa jua respon si gadis itu. Dia tidak kisah. Biarlah apa jua keputusan gadis itu. Ditolak dia akan berusaha lagi. Diterima bererti dia harus memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Tapi bagaimana? Rancangan mesti diatur dengan teliti. Dia mahu semahunya dengan gadis itu.

TIGA

Liya begitu bersemangat untuk mengikuti kuliahnya hari ini. Seceria dan secantik baju kurung yang dipakainya. Itulah pakaian wajib baginya untuk ke kuliah. Ada juga yang mengatakannya kolot dan seperti di zaman sekolah. Dia tidak kisah. Padanya itu untuk keselesaannya. Dia tidak betah memakai blous mahupun jeans. Itu bukan caranya. Nafas di tarik sedalam mungkin agar oksigen yang cukup sampai ke otak. Barulah tidak mengantuk. Teringat lagi pesanan guru biologinya. “Kamu semua kalau nak belajar, badan kena tegak. Barulah sistem pernafasan tidak terganggu.” Hampir 6 tahun sudah dia tidak dengar khabar berita guru yang banyak berjasa padanya itu. Alhamdulillah, dia amat berpuas hati dengan kuliah dua jam itu. Kenapa? Sebab dia telah dapat mengikutinya dengan penuh kefahaman. Kata orang, faham ketika kuliah adalah yang terbaik. Tidak tahu terus tanya. Jangan disimpan. Takut ketidaktahuan itu terus berlanjutan dan bertambah.

Langkah diatur kemas sambil beg tangannya dipegang rapi. Tiba – tiba terasa suatu daya menarik beg tangannya. Agak kuat sehingga menyentak pergerakannya. Sambil tersenyum dan menoleh ke belakang .Dalam hatinya terdetik tidak lain tidak bukan mesti kerja Asmah. Namun, sangkaannya jauh meleset. Seorang lelaki memandang tepat ke anak matanya. Tertunduk Liya. Bimbang takut zina mata. “Awak.” Lelaki itu menegur. Berkerut dahi Liya. Keliru dan bingung. Apa yang tidak kena padanya? Salah apa pulak yang dilakukannya?. “ Saya suka awak. Suka sangat –sangat. Boleh tak awak jadi srikandi dalam hidup saya?”. Lelaki itu berterus –terang. Laju dan lancar. Begitu yakin akan hasrat hatinya itu. Dia tidak boleh berlengah. Takut disambar orang. “Maaf, saya sudah berpunya.” Itulah bait – bait ayat terakhir Liya sambil kaki melangkah pergi meninggalkan jejaka itu. Otaknya ligat berfikir siapa lelaki itu sebenarnya. Wajahnya seperti pernah dilihat. Tetapi di mana? Tanya Liya sendirian mencari jawapan.

Zhaf seharian monyok. Runsing. Bimbang. Apakah tindakan yang dilakukannya betul? Apakah dia terlalu memaksa dan tergesa – gesa. Usaha untuk mendekati gadis itu terus dilakukan. Petang itu dia ke turf ingin melihat kelibat gadis itu. Gadis yang kini sering menjadi tamu hatinya. Semuanya kerana Allah. Dia tidak mahu lagi bertangguh. Dia ingin segera mendirikan masjid dengan suri hatinya itu. Biarlah. Padanya cintanya pada Allah tetap utuh. Gadis itu cintanya selepas Allah dan Rasul. Setiap malam dia bersujud memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah untuk cintanya terhadap hamba Allah itu. Apa yang pasti dia tidak akan berputus – asa. Ikhtiar, usaha dan doa perlu seiring barulah istilah tawakal boleh diaplikasikan. Gadis yang berlalu di sisinya itu sah gadis itu. Gadis yang sama dalam pemikirannya sekarang. Dia memanggil gadis itu. Namun, gadis itu hanya berhenti tanpa menoleh ke belakang. Dia hampa. Tetiba menyesal dengan sifat nakalnya sebelum ini. ‘Kalaulah aku tak buat benda tu, mesti hatinya tak sekeras batu’. Monolognya sendirian.


0 ulasan: